Gara-gara syeronokkkk syangat……(22/11/2011)

Mama ingat hujung minggu ni dapat balik kampung, seperti biasa, mama kena relakan super dad kerja lebih masa. Isnin pagi bakal bertolak ke kampung di Tangkak sebelum menuju ke Port Dickson, bercuti bersama keluarga. Ada tiga keluarga…keluarga kami dan dua keluarga ipar sebelah super dad. Ayah mertua dan adik bongsu pun ikut sekali. Adik Ipar yang uruskan penginapan. Kami pun sebenarnya tak pernah bercuti sekeluarga. Saja bawa anak-anak….lagipun memang tak pernah pergi PD…hihihihi

Kami menginap di rumah peranginan persekutuan, PD. RM42 semalam dengan apartment 2 bilik. Not so bad…bolehlah setakat semalam. Hmmm…sebenarnya nak cerita pasal kegembiraan Haziq. Cerita lain bolehlah nanti layari http://www.tintajemari.blogspot.com. Akan diuploadkan di sana…

Pagi-pagi bawa Haziq ke pool. Pastinya dengan neckfloat…Gembiranya Haziq sejam setengah dalam pool.

luasnya pool ni....bebas..

mama tolong pegang nak pose je.....

Puas bermain di pool, sebelum bertolak balik kami singgah di Pantai Teluk Kemang. Macam-macam ada…. Konon nak pujuk anak-anak bergambar dengan ular sawa albino…semua lari……….Si kakak nampak kuda, melonjak-lonjak nak naik kuda. Haziq yang dalam stroller pulak asyik menendang-nendang kaki, macam meronta-ronta nak keluar. Agaknya dia nampak kakak dan abangnya naik kuda, dia pun nak juga.

menunaikan hajat Haziq naik kuda....

Mama taknak hampakan Haziq, mama keluarkan Haziq dan naikkan di atas kuda. Sah!!!! memang Haziq pun teringin nak naik kuda sebab  tersenyum dan diam bila didudukkan di atas kuda. Dapatlah ambil dua-tiga keping gambar, mama letakkan semula Haziq dalam stroller. Langsung tak bising dah!!! Memang iyalah tu, nak jugak naik kuda…….

Lepas naik kuda, bapa mertua ajak pula naik bot. Dalam hati tu dah dug dap dug dap…mau tercopot jantung. Takut juga, tapi fikirkan Haziq suka air..layan ajelah……Risau tetap ada sebab Haziq je tak pakai life jacket sebab tubuhnya yang terlampau kecil. Super dad kata, peluk kuat-kuat.insyaAllah tak ada apa-apa…Rupa-rupanya….mengelekek-ngelekek Haziq kena angin laut…

suka kan???

suka kena angin laut....

Rasanya seronok sangat dapat menggembirakan hati Haziq hari ni. Walaupun mungkin dia tak tahu, sekurang-kurangnya Haziq dapat pengalaman yang sama dengan kakak dan abangnya..tak ada perbezaan…Habis naik bot, terus balik. Masing-masing dah tak larat. Konon nak singgah taman rama-rama di Ayer Keroh dalam perjalanan balik ke Tangkak. Bila tengok muka masing-masing dah keletihan…keputusannya, terus balik.

Singgah di Restoran Jejantas Ayer Keroh. KFC tempat tujuan menghilangkan lapar….balik rumah semua tumbang!!!! Petang Haziq tak nak makan nasi, minum susu saja. La..kenapa pulak ni? Perutnya pulak kembung. Urut-urut.ok sikit. Dalam kereta asyik merengek dan muntah..Sepanjang perjalanan balik ke Pasir Gudang pun merengek aje…Hmmm..ni memang sebab ada yang tak kenalah ni. Agaknya lama sangat dalam poool. Boleh dengar bunyi kahak pekat tapi susah nak dikeluarkan.

Tidur malam pun tak berapa nak nyenyak. Pernafasan Haziq dah ikut perut. Sah..ke klinik ambil nap pagi tadi…..Dah tercungap-cungap….nasi pun tak mahu makan. Lepas dapat sebotol susu, terus tertidur. Agaknya letih pun iya…tak cukup tidur pun iya…Dah sejam dah Haziq tidur…sempat mama update blog Haziq sementelah mama tak dapat ke universiti. Ni semua gara-gara syeronok syangatlah nie………hihihihihi…..

Haziq pun mama tak hantar ke pengasuh sebab takut pengasuh tak boleh nak handle. Keadaan macam ni belum pernah lagi pengasuh baru hadapi. Justeru biarlah mama yang uruskan…apa-apa pun, anaklah yang paling penting. Belum lagi kakak dan abangnya yang akan ada di rumah petang nanti kerana pengasuh lama dimasukkan ke hospital.

Huru-haralah sikit mama petang ni sebab pastinya si kakak akan membuat onar di rumah. Menjerit, memekik, bergaduh..itu semua dah memang rutin mereka. Dan mama seperti biasa bersiap sedia untuk menjadi TARZAN!!!!!!! hehehehe….boleh test pitching ok ke tak, sumbang ke tidak…..anak……..anak………….

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s