Kesian anak mama…

Sepatutnya sejak seminggu lepas patutnya mama dah masukkan entri ni tapi disebabkan terikat dengan kursus pendek kajian penyelidikan yang perlu diikuti, tertangguh sekejap rutin mama dengan cerita baru Haziq. Minggu ni pulak sibuk dengan presentation, alhamdulillah dah ringan bahu ni rasanya pagi tadi……lega!!!!

Sewaktu mama tuliskan entri ni, kaki Haziq dah pun baik. Hampir dua minggu lepas mama ternampak celah kaki Haziq berair…agaknya sebab jari kaki Haziq memang hampir setiap masa tak direnggangkan. Jari jemarinya memang rapat. Bila mama nampak dah berair…mama cuba sapukan aloe vera yang mama tanam depan rumah. Dalam pasu je…..nampak macam mengering. Tapi dua hari selepas tu bila balik daripada rumah pengasuh, super dad terus bagi cadangan bawa Haziq ke klinik sebab tengok keadaannya agak tidak menyenangkan. Dah bernanah pulak. Alahai…..tak pernah-pernah ni….Agaknya kena kuman yang dibawa kucing. Kucing yang dibela pun tiba-tiba je ada masalah kulit. Super siblings Haziq pulak suka bawak kucing tu masuk rumah. Dek kerana Haziq yang mendapat tempiasnya, sudahnya kucing itu telah dihantar ke suatu tempat lain yang jauh dari rumah…..huhuhuhu..kesian kucing….

Mama bawa Haziq ke klinik cendana. Macam biasa jumpa Dr Zamil. Tapi sebelum tu…….”Mama, adik tu juling eh,” tanya seorang budak perempuan kepada ibunya. Dapat dilihat dari sorot mata sang ibu menoleh ke arah Haziq dan mula ‘cover’.”Eh, tak adalah,” jawab ibunya. Mujur lepas tu nama mereka dipanggil dulu. Kalau tidak, memang dah plan dalam kepala ni nak ikut saranan seorang super mum (Kak Hakimah). Nak kata..”Hai, nama saya Aiman Haziq, umur saya 3 tahun,saya anak istimewa. Gembira berkenalan dengan awak,”. Mesti terkejut mereka kan.

Kesian lagi anak mama.. Sambung cerita, bila dah masuk bilik, Dr angkat kepala dan sengih..”La…hari tu abangnya (sunat), ni adiknya..kenapa?” soal Dr Zamil mesra. Cerita sikit sebanyak,doktor cuma bagi antibiotik. Tapi mama request krim sapu daripada doktor, standby…….. Macam biasa kalau dah bernanah tu, memang antibiotiklah yang nak kena makan…Mujurlah Haziq tak melalak, agaknya rasa dia masam-masam manis kot…biasanya kalau suruh makan ubat, taktik Haziq menjerit sampai tahan-tahan nafas. Taktik yang tak menarik langsung bagi mama…Bukan setakat antibiotik, kaki Haziq perlu dibersihkan dengan cecair khas dan perlu disapu krim. Dengar Haziq menangis waktu mama bersihkan kakinya pun dah menyiat-nyiat hati mama.

“Mama tau adik sakit…tapi mama nak tolong adik. Adik nak sihat kan?” Itulah ayat yang biasa keluar dari mulut mama. Ulang..ulang ..ulang….mama tahu Haziq sakit tapi kalau tak buat, Haziq akan lebih sakit. Alhamdulillah, berkat dedikasi dan ketekunan mama(chewahhh-angkat bakul masuk sendiri!..Eh.masuk bakul angkat sendirilah!!!), dalam masa 4-5 hari, kaki Haziq dah kering. Lega hati mama……Dah tak kesian dah…hihihi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s