Haziq ke taman

Hari ini hari terakhir bagi tahun 2011. Dalam dua jam sahaja lagi tarikh akan berganjak ke tahun baru, 2012. Mama rasa nak buat sesuatu untuk Haziq hari ni. Sementelah mama dah agak lapang lepas selesaikan tugasan mama. Lagipun hujung minggu, asyik terperap je di rumah agak tepu jadinya. Sepanjang pagi mama sibuk menguruskan rumah…bukan selalu pun…hihihi. Bila sampai ke petang, teringin nak bawak Haziq keluar ke taman yang tak berapa jauh dari rumah. Lebih kurang 10 minit. Tak pernah pun pergi taman tu, selalu kalau lalu di situ, main jeling-jeling saja. Hari ini berjaya mama bawa Haziq ke sana, menghirup udara taman yang bertiup….

Mama bawa juga kakak Haziq, Amira Sofiyah sebagai tukang tolak stroller. Lagipun anak dara yang seorang ni memang pantang diajak, laju aje. Elok juga, mama dah tak susah dah, tukang tolak stroller dah ada, tukang ambil gambar pun ada. Serampang dua mata…..

Inilah Taman Tasik Perdana....

Memang tak perlu disuruh-suruh, Super sister Haziq ni nak tolak stroller Haziq. Tolak jangan tak tolak….

kakak dan adik

Mama ambil kesempatan merakam cinta dengan Haziq di tengah-tengah jambatan kayu yang kami lalui. walaupun banyak agas yang menghurung, Haziq pun kena se’das’ gigitan nyamuk, Haziq langsung tak merengek. Diam aje sepanjang duduk dalam stroller hampir 45 minit. Dapatlah satu round…

mama dan Haziq...

Termengah-mengah Super Sofiyah menyorong stroller naik bukit yang tak tinggi mana pun….

Sayalah tukang tolak stroller....

Hari menjelang lewat petang, bayang-bayang kelihatan indah. Sofiyah tak lepas peluang ambil gambar dengan syarat mesti nampak bayang-bayang. Aduhai anak mama sorang ni…

Sofiyah dan bayang-bayang

ada gaya...

Sempat pula Super Sofiyah berposing. Agaknya mama masa kecil-kecil dulu memang suka bergaya, turun ke anak pulak…Udah le anak perempuan sorang aje. Layankan ajelah…..dialah madu, dia jugak le racun….dan dialah jugak penawarnya….

Dalam pada nak balik, ternampak beberapa orang sedang asyik memancing. Sempat bertanya ikan apa yang dipancing? Jawabnya…..tu ada bawah gambar….

ada juga yang memancing..keli katanya...

Akhirnya…dah kepenatan, nak jugak bergambar lagi…..

dah penat....

Mama pulang dengan rasa puas hati. Lebih puas hati sebab hari ni Haziq is a very good boy…..tak banyak kerenah…..fit pun setakat ni tak ada, alhamdulillah..dah nyenyak tidur sebelah mama ni ha….Selamat datang tahun baru. Semoga semuanya akan menjadi lebih baik pada hari-hari yang bakal mendatang……

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s