Cuba-cuba ke PDK

Isnin lepas, selepas mama pulang dari UTM, mama terus ke Sekolah Pendidikan Khas Kanak-kanak Spastik Johor. Konon hendak dapatkan maklumat mengenai kemasukan Haziq ke sana.Sampai pun dah hampir waktu rehat tengahari. Sempatlah bertemu Pn. Noraini berkenaan requirement untuk kemasukan ke sana. Antara syarat yang dikemukakan ialah:

1. Umur kemasukan 1 tahun ke atas

2. Mendaftar dengan JKM

3. Mesti kemukakan laporan penilaian oleh pakar kanak-kanak yang mengesahkan anak didiagnosis Cerebral Palsy.

4. Gambar pasport, surat beranak, IC ibu bapa, Kad OKU, Laporan perubatan.

5. Kanak-kanak akan dinilai oleh jurupulih masa pendaftaran untuk menentukan sama ada mereka layak memasuki kelas atau kumpulan terapi.

Bila tengok syarat, Haziq tersangkut pada diagnosis, 2nd chromosome 2q duplication syndrome. Bila beritahu Pn Noraini, beliau hanya senyum dan nak pastikan sama ada Haziq boleh dikategorikan sebagai ‘kes’ mereka atau tidak. Kalau tidak, mereka tidak akan diterima..Mama terdiam sekejap, nak dapatkan laporan perubatan pun bukannya mudah, neuro, mata dan metabolik di HKL, OT dan fisio saja di HSI, huhuhuhu….fenin sekejap..

Takpelah, mama just ambil syarat-syarat dikemukan than akan fikirkan nak buat macam mana. Telefon pula ke PDK yang terdekat, dimaklumkan memang PDK hanya laksanakan aktiviti lebih kepada daily living skill, tak ada pun terapi untuk anak-anak yang terlantar…Tapi mama disarankan untuk datang dulu ke PDK, bawa Haziq dan lihat keadaannya bagaimana.

Jeng..jeng jeng….keesokan Hari (Selasa), pukul 9 pagi kami dah sampai di PDK Tiram, lebih kurang 20 minitlah dari rumah ikut jalan dalam…..senang je nak cari….dekat dengan Masjid Jamek Tiram dan Dewan Raya, ambil simpang kiri kalau dari jalan dalam, kalau dari luar kananlah….

Sampai-sampai mama lihat ada hampir 20 orang anak-anak istimewa. Rasanya Paling kecil Haziqlah waktu tu dan ada juga yang dah menjejak usia belasan tahun….Berbual-bual dengan pengendali PDK tersebut, Hjh Sulati. Haziq nampak macam seronok dengar bunyi bising-bising. Ada yang baling-baling kerusi, menjerit…

Mama nampak sesuatu yang menarik, kerusi untuk Haziq duduk, just nice…..harganya macam biasalah….melantun!!!!! Bagi can Haziq duduk., menjeritnya macam kena cubit…Teringat cerita yang dilakonkan Shaheizy Sam..antara dialognya,” cubik sikik, jerik serupe ponde”…..hihihi tapi yang ini jeritnya siap mengalir air mata, macam kena dera!!!

jelingannya...

masih cool..

suara suprano dah keluar...

Firdaus berani-berani takut nak dekat...

Yang di belakang tu namanya Firdaus, baru hari pertama datang tapi langsung tak takut. Ke sana ke mari, susu meja, susun kerusi…

Fatihah

Yang ini pula Fatihah….nampak macam suka dengan Haziq..mula-mula tepuk lutut Haziq..lama sikit tepuk pipi….tak perasan, ..kecepuk!!! dahi Haziq disepuknya…..Aduh…..mama dah dup dap dup dap nak tinggalkan Haziq…budak-budak pun tak ada kawalan yang maksima. Yang mana baling kerusi tu yang risau, bukan apa, takut-takut tak terjangka dibalingnya ke Haziq…apo nak kato????

Persekitaran pun kurang memberangsangkan, bagi mamalah. Mama tak nampak ada apa-apa toy pun yang boleh rangsang sensori Haziq. Kalau nak kata pergaulan tu lebih luas, adalah sikit kebenarannya, cuma dapat kenal kawan baru tapi daripada segi development, mama rasa better mama buat sendiri di rumah..Mama pun bukannya kurung Haziq di rumah, bawak jalan-jalan jugak ke taman, shopping kompleks…mama tak malu pun….mama nak Haziq membesar dalam persekitaran biasa, melainkan bila tiba satu ketika yang memerlukan Haziq menerima persekitaran yang lebih sesuai sekiranya berada dalam kumpulan yang sama, until that time..mama rasa biarlah Haziq bersama-sama mama. Soal terapi, biarlah mama yang usahakan. Berharap pada PDK, mama rasa tak berbaloi…Sekadar pandangan dari lubuk hati seorang mama. Bukan memperkecilkan peranan PDK, tidak sama sekali.

PDK sangat sesuai bagi anak-anak istimewa yang boleh menguruskan diri dan diberikan kemahiran hidup sesuai dengan kemampuan. Kalau bagi anak-anak yang terlantar, PDK bukan tempatnya. Sepatutnya ada pusat yang disediakan kerajaan untuk intervensi awal anak-anak ini selain hanya berharap pada hospital semata-mata untuk sesi terapi…Buatlah program permata istimewa…..untuk intervensi awal anak-anak ini tanpa mengira status ibu bapanya…walaupun mereka ini dikatakan tidak mampu memberikan sumbangan, tetapi CSR (community/corporate service responsibility) itu yang perlu diberikan keutamaan…

Bukan diorang nak lahir begini..tapi memang Allah dah rancangkan yang terbaik untuk kami. Tak apalah, mungkin PDK bukan tempat untuk Haziq..Pasti ada hikmahnya juga…

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s