Haziq dan si Comel

Ada seekor kucing yang selalu datang ke rumah. Suka pulak tu selongkar bakul sampah.Ei..rasa mama nak cubit-cubit aje……tetapi super dad pulak suka sebab kucing tu bersih..tak busuk langsung. Mama bukanlah alergi kucing,cuma kurang gemar. Mama pun mengendeng kat super dad nak cium kewangian tubuhnya. Betullah! tak busuk langsung…Jadi, mama pun biarkanlah kucing yang diberi nama Comel itu berlari-lari dalam rumah ikut suka hati dialah….

Apa yang mama perasan, si comel ni cukup suka dengan Haziq. Kalau petang-petang bila Haziq sampai dan dibaringkan depan tv, kejap aje comel dah datang melekat. Kadang-kadang tu dicuit-cuitnya Haziq..lepas tu digigit-gigit manja…tak pulak Haziq menangis. Agaknya Comel tahu Haziq tu tak bertindak balas, dan Haziq tahu ada binatang yang sayang padanya. Kadang-kadang tengok dah macam ‘bespren’ pulak….

Comel setia kat tepi Haziq

dok diam-diam, Haziq nak tengok tv...

Kaulah teman yang best Comel...

Elok je Comel lepak sebelah Haziq. Pantang bukak pintu, dia dah standby dulu nak masuk rumah….Kadang-kadang sentuhkan jari Haiq kat bulu Comel, mengelekek ketawa, geli agaknya dengan bulu Comel yang lembut…Hmmmm…Haziq dapat kawan baru nampaknya…..

Advertisements

4 thoughts on “Haziq dan si Comel

    • hihihi…ma, mama dia pun ala-ala tak gemar gitu, masuk rumah je menggesel…awww…..mak tak kuasa…tapi sebab dia suka kat Haziq..mak relakan jelah…..

    • hehehe…chekiyah, rumah Su kat area Nusa Damai, Kiara…..senang2 mai le singgah…bawak kembaq tu ye…..okeh sat lagi su add FB yek..tima kasihlah selalu jenguk blog Haziq ni..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s