Fit lagi…..

Hari ni Haziq jadi budak yang baik kat rumah. Mama mandikan awal, pukul 9 dah mandi sebab Haziq lepaskan hajatnya sebelah pagi. Biasanya petang baru dia lepaskan hajat, jadi dah alang-alang, mama mandikan sekali. Lepas tu, pukul 10.30 mama beri makan macam biasa, berselera Haziq makan. TF mama dah bagi awal pagi masa Haziq menyusu. Seperti biasa rutin di hujung minggu. Dalam pukul 1, Haziq dah mula tunjukkan tanda-tanda mengantuk, dah lelap-lelap depan tv, dalam stroller. Mama kejutkan, Haziq tak merengek pun. Mama angkat masuk ke bilik, mama on kan penghawa dingin dengan harapan Haziq akan tidur nyenyak. Dalam pada lelap, tiba-tiba Haziq tersentak dan menangis, terus tahan nafas, dalam 15-20 saat jugalah. Dah biru muka, lepas tu dia ok semula dan menghela nafas seolah lega, terus lembik kepenatan.

Baru mama teringat, ubat homeopathi mama terlupa berikan. Terus mama suakan 4 biji ubat homeopathi, dua biji untuk kurangkan hold breathing Haziq dan dua biji untuk imun systemnya. Itulah pattern fit Haziq, menangis dan tahan nafas. Pada ketika itu, mama hanya terfikirkan entah berapa banyak saraf otak Haziq yang rosak dek serangan fit itu. Mama berdoa agar janganlah ada serangan lagi selepas itu kerana tak sanggup rasanya melihat betapa sakitnya Haziq, betapa deritanya dia seakan nak terputus nyawa rasanya…

Dah lama juga Haziq tak kena fit hingga kebiru-biruan. Kalau ada fit pun, biasanya menangis dan tahan nafasnya sekejap saja, tak sampai betul-betul biru dan biasanya sehari sekali saja sekarang. Susah nak dapat sampai 2-3 kali. Lagi pula, kadang-kadang ada ketikanya memang tak kena langsung. Hati mama dipagut resah. Kalaulah Haziq sering diserang fit yang sebegini, bagaimana dengan perkembangannya? Pasti banyak perkara baru yang Haziq belajar , Haziq akan lupa dan itu tambah melambatkan proses perkembangan keseluruhan Haziq. Mama sedar itu tetapi mama perlu buat latihan sebagaimana yang selalu mama lakukan. Exercise kaki, tiarapkan, belajar duduk, semuanya kena diulang-ulang supaya Haziq tidak lupa…

Petang tadi mama bawa Haziq ke taman. Balik ke rumah, mama letakkan Haziq di atas tikar dam ajinya. Mama letakkan bantal seperti biasa. Tak lama lepas tu, Haziq meniarap. Dia merengek-rengek juga tapi mama biarkan sebab memang sengaja nak biarkan Haziq meniarap lama sikit. Rupanya mama tak perasan Haziq dah ‘tenyehkan’ kepalanya ke tikar getah tu. Super dad tegur, mama terus terbalikkan Haziq. Waktu tu, Haziq mula menangis seolah geram dan tahan nafas. Mama cuma peluk tapi kelihatannya Haziq lebih kuat. Badannya dikeraskan. Super dad suruh mama lepaskan pelukan. Mama lepaskan dan Haziq terus tahan nafas lagi. Sekali lagi……………………..Rupa-rupanya, Haziq tergigit bahagian tepi rahangnya dan berdarah….patutlah super Haziq menjerit….Maafkan mama sayang, mama tak perasan….

Selepas dua kali serangan yang akut hari ni, Haziq benar-benar keletihan dan terus tertidur. Pukul 8 malam dah tidur. Kasihan anak mama…..Ya Allah,kau anugerahkanlah kesembuhan dan kesihatan buat putera kesayanganku…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s