Kali ni ke Bukit Layang-layang

Siapa kata kami tak dapat terima kehadiran anak OKU di rumah? Siapa kata ibu bapa malu? Siapa kata ibu bapa mahu sorokkan anak istimewa? siapa kata? Bukan kami yang kata tapi anggapan orang luar yang tak tahu pun apa sebenarnya rasa hati kami. Pagi ni, mama bawa Haziq keluar sekali lagi menghirup udara segar pagi di Bukit Layang-layang. Rasanya dah lama benar kami tak ke sini, ada kot dua tahun….dah banyak perubahan dah, landskap pun dah makin cantik…

Pagi ni mama dah plan nak pakai baju unconditional love, sekeluarga. Super dad macam segan sebab baju tu tak berapa muat. Mama try baju mama, sedang elok je pulak. Ke dah kurus sikit??? hihihi..ke kurus kat kuku je ni? entah le, yang penting buleh pakai. Super dad cari jugak baju t-shirt merah, konon-konon tak naklah lari tema. Mama suruh cuba juga baju tu….ala..boboyot pun tak kisah, tapi nampaknya taklah sendat sangat macam sarung nangka. Boleh nampak kecik sikit tubuh badan yang comel tu. Akhirnya super dad pun menyarung juga baju itu dan walla!!!! Just nice…..

Siap sedia nak bertolak. Baru tukar baju...

buah hati cinta super mum dan super dad...

Baru keluar kereta...sampai-sampai terus posing...

Mula-mula tu ingatkan nak biar aje Haziq dalam stroller. Tapi super dad nak cuba dukung sendiri..nak test boleh tak dukung dan jalan jauh-jauh. Mana tahu banyak kalori boleh terbakar….hehehe

Gembiranya Haziq....

Aha…tak lama, lepas tu servis bertukar tangan ke mama. Nampaknya, pagi ni tenaga mama lebih luar biasa daripada tenaga super dad yang selalu main badminton…hihihihi..berpeluh-peluh mama,berjurai-jurai peluh kat muka tapi kat badan tak keluar peluh, guano ni?

turn mama

“Nanti..nanti, nanti gambar kami pula masuk,” kata dua orang uncle berbangsa India bila lihat mama ambil gambar Haziq dengan abangnya. Mama cuma senyum, dah masuk pun…..

Uncle...uncle....

Sempatlah lepak kat jeti kecil tempat orang mancing. Ada sorang pakcik tu tengah mancing. Bila kami datang, dia pandang aje. Agaknya takut kami buat bising…karang ikan lari pulak. Kami pun jalan perlahan-lahan. Lepas ambil gambar kat jeti, lepak pulak di tangga nak naik ke laluan berjogging…

Kami sekeluarga..

Kami lagi...

Penat berjalan, kami cari tempat berteduh, berehat dan mengisi perut. Pagi-pagi mama dah bangun, sediakan bihun goreng Singapura semata-mata nak ajak super dad bawak kami semua ke Bukit Layang-layang. Semua keperluan mama dah siapkan, super dad hanya perlu start enjin kereta dan jalan…….Pertama kali jugaklah mama cuba suapkan Haziq bihun. Eh…Haziq makan!!!! Yang kelakarnya bila mama suakan air, muka Haziq berkerut. Rupa-rupanya mama tersuakan air 100 plus!!!! patutlah lain macam aje mukanya..hihihihi….dah lebih kurang sama dengan air suam kan…Tulah padahnya tak tengok-tengok bila anak dara yang tolong tuangkan air, tau ambil ajer…..

dak er......

Di sebelah kanan ialah jurugambar kami hari ini....

Dah kenyang makan, Haziq pun dah mula merengek. Kami pun ambil keputusan untuk balik. Kebetulan kena hantar anak saudara pulang ke asrama.Haziq dah tunjukkan tanda kepenatan, sementelah mama memang tak bawa susu sebab dah tahu kami keluar takkan lebih dua jam. Kami pun melangkah pulang. Anak dara merajuk, nak ke taman lain, tu yang tak ada dalam gambar tu . Inilah gambar yang paling mama suka…..dijanjikan slurpee, barulah anak dara tu menguntum senyum tapi tetap tak mo masuk gambar…alahai….

Dalam perjalanan pulang...

Sampai-sampai rumah,dapat sebotol susu, Haziq terus lelap…penat sangatlah tu.Lain kali kita pergi lagi Bukit Layang-layang ye dik….

Ngantuk ma.....

Tidurlah dik..nanti petang ada agenda lain, kita nak mandi dalam pool pulak petang ni..yieha……….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s