Roller Kit

Pagi tadi rasanya cipta rekod bawak Haziq dengan kakak dan abangnya ke Tesco. Cipta rekod kenapa pulak? Yelah..biasanya kalau bawak anak-anak, memang tak sampai 2 jam dah balik sebab tak larat melayan kerenah anak-anak. Hari ni mama dah siapkan nasi Haziq sebelum bertolak. Keluar rumah pukul 10 pagi. Balik rumah hampir pukul 2. Cipta rekod persendirian tu namanya……kehkehkeh. Tesco tu bukanlah jauh mana pun, ala-ala sepelaung je dari rumah….dalam 10 minit sampai,kalau bawak cam mat rempitlah…hihihihi….Sampai sana, super dad melayan yang besar-besar main kat tempat biasa. Mama bawak Haziq pi jalan-jalan ke BATA, konon nak buat survey sandal apa  yang nak disambar. Terpaksa cari sandal sebab sandal lama dah kena seret dek kereta masa balik kampung minggu lepas. Super dad kata, sandal yang itu pun memang dah sampai hukum buang dah. Mana taknya, kalau mama pakai kasut, memang sampai lunyai ler…..Cari punya carik, takde yang berkenan di mata. Diam tak diam dah dekat pukul 11, Haziq dah merengek.

Mama bawa ke food court dan suakan nasi. Laju je Haziq makan. Erk…alhamdulillah. Lepas puas super dad layan anak-anak, kenalah layan anak tekak pulak. Mama dan ayah makan mee goreng mamak, berkongsi pinggan, ala-ala manja gitu….si kakak mintanya roti tisu, si abang pulak tak habis-habis dengan roti telurnya sampai muka pun dah macam teloq……Bila memasing dah kenyang, misi kedua diteruskan. Serbu TESCO!!!!!!!!…Anak-anak kalau tak mintak mainan memang tak sah..belikan jugaklah. Buat kali pertama mama pun beli mainan untuk hilangkan stress. Kena gelak dek super dad sebab beli dam ular..Haaaaahaaahaaa..ada mama kesah????

Dah habis shopping,konon-konon nak balik, ala.terjebak pulak dengan badut yang buat macam-macam jenis belon pelbagai bentuk.Ramai pulak yang menunggu…dek kerana si kakak nak jugak belon tu, kenalah kami menunggu.Sambil-sambil menunggu, mama dioffer duduk di kerusi urut Takasima yang tengah buat promotion. Ya Allah sedapna dapat 15 minit duduk kat kerusi urut tu free-free aje. Memang sesuai kalau balik kerja penat-penat, landing kat kerusi urut. Tapi bila tengok harganya, urut dada dibuatnya….Dalam hati selalu kata, bilalah mama ni nak ada banyak duit jota-jota….ada orang kata kalau kerja gomen memang tak kaya. Betul ke????hehehehe.

Sambil-sambil tengok flyers, ternampak pulak satu benda yang menarik. Ha ni baru nak cerita…Roller Kit namanya. Harganya RM19.90. Nampak macam menarik untuk Haziq..boleh golek-golek kat badan dia. Try juga tester yang ada, tergelak-gelak Haziq.Apa lagi…..sambar jugaklah satu…..TAKASIMA yer…..hihihi..kalau nak beli yang lain..TERKESIMA ado!!!!!

Roller Kit

Ada tiga kaler, hijau, pink dengan biru. Hijau dengan biru dia tak attractive, jadi mama terpaksa memilih satu warnaje ni yang tinggal. Dah cuba dah tadi, nampak Haziq macam seronok aje gelak-gelak..takpe dik.esok ada appoiment, kita golekkan lagi roller kit ni yek…Kalau ada rezeki lebih, nanti kita uruskan untuk rawatan lain pulak ye sayang…mama teringin sangat nak bawak Haziq pi jumpa Dr Sham macam kawan-kawan super mum yang lain tapi belum berpeluang. Ya Allah..Kau mudahkanlah urusan kami demi amanahMu ini…….

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s