Kids play time!!!!

Beberapa hari lepas bawa Haziq ke dua temujanji. Sebelah pagi temujanji dengan klinik rehab. Bertemu Dr Sharon. Dr kata masih boleh diusahakan untuk bagi kaki Haziq jangan bengkok sebab dah nampak sedikit pendek di sebelah kaki kiri. Splint kaki kirinya ada masalah sikit, tak cukup 90 degree. Perlukan sedikit pengubahsuaian supaya kaki Haziq boleh berada dalam posisi yang betul. Becloven perlu Haziq makan untuk releasekan tight muscle di kakinya. Dalam masa sebulan, dr. akan lihat semula perkembangannya. Tapi Haziq memang dalam mood yang sangat baik. Asyik gelak saja. Misi-misi yang tengok pun naik geram. Putih kata mereka…lepas tu mereka kata Haziq dah makin tinggi, pipinya chubby, siap dicubit-cubit!!!

Sebelah petang, temujanji di klinik jurupulih cara kerja. Kali ni kena buat adjustment pada splint Haziq dan nampaknya hasilnya lebih baik daripada splint yang lama. Haziq pun nampak sedikit selesa. Selesai urusan splint, sesi terapi bermula. Kali ni sampai ke peringkat kids play. Sebelum tu Haziq didudukkan di atas kerusi biru. Menangis-nangis, tak selesa ke, tak suka ke, mama pun tak pasti. Yang pasti, suhu penghawa dingin memang sangat sejuk, mencengkam hingga ke tulang sumsum. Menggigil-gigil mama dibuatnya. Rasa nak kena serangan asthma pun ada, sejuk sangat!

apalah acik ni nak buat..

“Apa benda pulak ni….alahai…apa yang nak dibuatnya ni,” agaknya itu yang ada dalam fikiran Haziq.

aha..dah ada mata tambahan,baru nampak ...

Baru tau…..nak suruh main pegang-pegang, nak bagi jari jemari Haziq senang dibuka….Barulah kurang sikit sendunya…

main-main makaroni rupanya...

Tangan kiri pulak…..adoi….penatlah acik…kejap kiri, kejap kanan…kiri kanan..kanan kiri…..

rasa sayang...pegang.......

Sampai mengences-ngences super Haziq mama ni. Entah seronok ke, entah penat ke…..Tapi lepas sesi tu,memang dah penat sangat agaknya, dah haus. Haziq…kalau haus mana reti sabar, tau menjerit aje. Jerit pulak sekuat-kuat hati sampai fit. Biru-biru….terapist pun naik takut…kami memanglah dah biasa nampak. Seperti biasa, dah habis fit, dia gelak. Boleh gitu????

Hujung bulan ni akan ada satu lagi temujanji, untuk fisioterapi pula. Harap-harap akan ada perkembangan positif untuk anak mama yang kuat semangat ni…Chaiyok-chaiyok. Ganbatte!!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s