Haziq dan air vitagen

Ahad lepas mama bawa Haziq ke taman rama-rama Melaka. Seawal pagi mama dah siapkan nasi Haziq. Nasi lembik yang dicampur kurma. Mama belum cuba makanan lain untuk Haziq tapi pernah sekali beri Haziq ikan selar. Makan….pernah juga cuba suakan nasi lembik bercampur sup ayam, berkerut-kerut mukanya. Jadi mama ingat nak perkenalkan Haziq dengan pelbagai jenis makanan secara perlahan-lahan. Taknaklah terkejut pulak dia nanti.

Sementara nasi masih panas, mama masukkan dalam bekas dan tak ditutup dahulu. Mama letakkan sebelah bakul Haziq. Kali ni memang mama hanya bawa susu yang dah siap-siap mama bancuh dan bekal nasi saja. InsyaAllah  cukup untuk menampung perut Haziq untuk tempoh 3-4 jam. “Dah siap semua barang Haziq?, tanya super dad. Mama jawab sudah..Kami pun bergerak. Dalam pada bersembang, dah nak keluar exit Ayer Keroh, super dad tanyakan lagi bekal Haziq. Mama menepuk dahi. Mama terlupa nak ambil bekal Haziq sebelah bakul!!!!!!!Nak patah balik tak mungkinlah sebab dah hampir sampai. Kami putuskan untuk teruskan saja perjalanan. Hati berdoa bagai agar Haziq tak meragam. Mujur dalam perjalanan mama sempat suakan sebotol susu. Kalau nak ikutkan, biasanya sebotol susu akan membolehkan Haziq kenyang dalam tempoh 3 jam. Entah kenapa sebelum pergi juga, mama mencapai sebotol vitagen dari dalam peti ais. Dalam hati saja nak mencuba minuman baru untuk Haziq, asyik susu aje…..

Alhamdulillah, diam tak diam, hampir 3 jam kami berpusing-pusing di dalam taman rama-rama. Haziq cuma merengek kepanasan. Cuaca memang boleh tahan panasnya. Masuk saja kereta, mama cuba suakan vitagen. Takut-takut juga kalau Haziq menolak. Alhamdulillah…sekali lagi hati mama lega sebab Haziq minum tanpa masalah! Jarang sekali dia menerima kalau disuakan air yang pelik-pelik selain susunya! Padahal vitagen tu kan rasanya manis-manis masam. Mahu pula dia minum. Sekurang-kurangnya kenyang juga perutnya sementara perjalanan balik…

sedapnya.....

Habis sebotol vitagen, erk….kenyang betul Haziq…terus senyap dalam dakapan mama. Lebih-lebih lagi dapat penghawa dingin. Ah…nikmatnya…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s