Tak sedap perut agaknya…

Malam semalam Haziq asyik tersedar daripada tidur dan menangis. Kalau setakat menangis biasa ok lagi,ni sampai menangis tarik-tarik nafas. Pukul 6 lebih diberi susu, lepas tu pukul 8 lebih dah nak tidur. Nak kata lapar, belum sampai tiga jam tapi dek kerana asyik menangis, pukul 9 beri juga susu. Lepas sendawa, tidur sekejap lepas tu. Eh?? Sedar semula, menangis tahan nafas lagi. Super Mum pun tampar pipi Haziq nak bagi dia sedar. Terkejut agaknya, dia tersedar dan tangisannya mula perlahan. Bukan sengaja nak tampar, tampar pun bukan kuat, sekadar nak beri Haziq sedar. Kadang-kadang bila dia menangis tahan-tahan nafas, kalau dah tak tahu nak buat macam mana, sepakkan aje pipinya. Kejap je dia tersedar.

Lepas tu Haziq tidur semula. Mama pun sempatlah layan tv cerita BFF. lebihk kurang pukul 10lebih sikit, terdengar lagi Haziq menangis, tahan nafas. Apa lagi, kena sepak lagi…sepak-sepak manja….dah penat menangis, dia merengek pulak. Super dad datang membantu super mum yang kesusahan. Kami memang besar dan kami memang kuat, bila bekerjsama semua jadi lebih mudah!Ala-ala lagu wonderpet pulak. Super dad angkat Haziq, tepuk-tepuk belakangnya. Erk…tak puas sendawa rupanya. Biasanya macam tulah Haziq, ada ketikanya bila perut dia ada masalah, memang tidurnya selalu terganggu, terbangun, terjerit, merengek…..biasanya gara-gara perut tak sedaplah tu. Bila ditekan, buk buk bunyinya..

Super mum pulak, dah alang-alang duduk di sebelah Hazid, terus tari selimut. Bantal pun dah mengajak cik puan mata untuk lelap dan mula bermimpi. Super dad letakkan Haziq di sebelah mama. Mama kata,” Dah Haziq, mama dah ngantuk, jangan macam-macam, tidur!!!”, sambil mama usap-usap kakinya. Haziq….bila tahu ada orang kat sebelah, kuranglah sikit ragamnya. Entah bila dia tidur pun mama tak perasan sebab mama dah ngantuk sangat…..Yang mama sedar, pukul 1 Haziq bangun minta susu lagi…betul2 macam baby yang masih mahu bangun tengah malam untuk menyusu. Walaupun terpisat-pisat, mama bangun buatkan susu. Lepas suakan susu….jom..tidur semula !!!!.

Pukul 6 pagi Haziq bangun, mama pun terbangun, dah lewat!!Kelam kabut uruskan anak-anak nak pi sekolah. Haziq mama biarkan di atas katil layan lagu-lagu Maher Zain yang mama bukakan untuknya…dapatlah mama uruskan dua orang tu….macam-macam kerenah anak pagi-pagi. Arahan mama..”Jangan sampai bangunkan naga,!!!.  Sungguhpun terlewat, mujur pagi ni Haziq dah ok, tak meragam, bolehlah layankan abang dan kakaknya pulak….kelam kabut kan bila anak-anak dah sekolah……

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s