Kecil tetapi signifikan

Hari ini super mum rasa sangat berbahagia. Rasa sangat gembira. Tak terucap dengan kata-kata. Al-maklum bila melihat perkembangan Super Haziq. Biarpun perkembangan itu nampak kecil, namun cukup memberangsangkan bagi mama. Kalaulah setiap kali Haziq tersenyum dan ketawa boleh membuatkan mama rasa nak menitis air mata, inikan pula perkembangan yang hebat ini. Subhanallah!! Super Haziq boleh!!

Bayangkanlah kalau kanak-kanak berusia 3 tahun setengah sepatutnya dah boleh berlari, memanggil-manggil nama mama,ayah,abang dan kakak, melompat-lompat….anak mama yang seorang ini masih lagi terlantar. Masih lagi ibarat bayi berusia 4 bulan perkembangannya. Hanya tahu meniarap, tapi tak pandai nak memusingkan badan. Leher masih lagi lembik, masih lagi menyusu dengan dipangku seperti bayi, tiada sepatah kata yang keluar dari bibirnya, hanya tahu menangis bila haus dan lapar…Mungkin insan lain mampu menyata simpati namun ramai juga yang masih tidak akan mengerti isi hati ini.

Biarpun ini cuma perkembangan biasa bagi sesetengah orang, tetapi bagi mama, ianya sesuatu yang menakjubkan!. Haziq berjaya mengikut sinar lampu yang dihalakan padanya. Bagi mama, perkembangan yang cukup baik, mungkin penglihatannya semakin membaik. Tapi apa yang lebih mengujakan, Haziq berjaya menggenggam lampu kecil itu!!! Itulah yang mama katakan sebagai “kecil tetapi signifikan!”. Mama baru saja gunakan ayat ini untuk peserta kursus yang mama kendalikan semalam. Hari ini mama dapat kaitkan ayat ini dengan keupayaan anak mama yang kelihatan kecil atau biasa tapi sangat bermakna!

Haziq dan lampu ajaib....hehehe

genggam dan pandang....tapi pandang kameralah pulak...

saya belajar menggengam....

Bahagianya mama bila lihat Haziq mahu menggenggam….Dapat jugalah lima minit lampu mainan tu digenggam, lepas tu terlepas dari genggaman. Sambil pegang, Haziq boleh tergelak-gelak. Entah apa yang menggelikan hatinya pun mama tak pasti. Apa yang mama masti, hari ini hari ketiga Haziq dan mama akan tidur atas katil. Super dad dan dua orang ‘anak naga’ mama akan tidur di atas toto pula. Alhamdulillah, gembira tengok Haziq dah boleh tidur atas katil. Boleh juga diselimut separuh badan. Sebelum ni, memang tak mahu tidur atas katil, asyik nak ‘landing’ atas totonya saja. Lepas tu, kalau diselimut, sekejap aje selimut tu entah ke mana. Sejak dua malam lepas, nyenyak sungguh dia atas katil. Jadi, mama akan ajar Haziq tidur atas katil. Dapatlah juga mama melegakan pinggang. Sakit pinggang sebenarnya tidur atas toto..huhuhuhu…

Super dad tengah dok melayan anak-anak, siap gelak-gelak lagi sambil mama dok menulis entri ni. Sekejap lagi tahu-tahu senyaplah mereka tu…tak kisahlah, janji bahagia sebagaimana bahagianya hati mama hari ni…..Alhamdulillah..syukur Ya Allah…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s