Tuntutan CEUPACS RM700-RM2500?

Pagi tadi mama terbaca tajuk entri ni di akhbar utusan. Kalaulah benar tuntutan CEUPACS yang mewakili 1.4 juta kakitangan awam di Malaysia ni dipersetujui oleh pihak kerajaan, mama antara insan yang paling gembira. Bukanlah pengumuman lepas membuatkan mama tidak bersyukur, tetapi perkhabaran ini merupakan khabar gembira yang teramat kalau menjadi kenyataan. Apa yang akan berlaku? Kuranglah jurang diantara kumpulan JUSA serta premier dengan kumpulan pelaksana. Bukan nak kata jurang yang kurang itu akan meninggikan taraf kumpulan pelaksana ke tempat yang paling tinggi atau merendahkan kumpulan JUSA dan premier hingga ke tempat yang paling bawah, paling tidak..tidak akan nampak status yang kaya bertambah kaya dan yang miskin menjadi lebih miskin.

Kalaulah betul tuntutan ini menjadi kenyataan, kenapa mesti mama gembira? Satu saja alasan mama….Gembira untuk sang kupu-kupu syurga mama, AIMAN HAZIQ….Banyak perkara yang mama boleh lakukan. Berharap pada gaji sekarang, banyak juga impian mama yang masih tertanguh….Seandainya jadi kenyataan, apa yang mama nak buat untuk Haziq antaranya:

1. Bawa ke Dr Sham…

2. Buat rawatan Kak Raw tiap-tiap bulan….

3. Nak pergi private theraphy (paling tidak 2 kali dalam sebulan, selain buat sendiri)

4. Nak beli kerusi khas untuk Haziq duduk

5. Nak carikan ‘kasut’ atau splint yang lebih baik untuk Haziq

6. Nak beli tools banyak-banyak untuk rangsang sensory Haziq

7. Nak beli incline track

8. Nak tambah supplement Haziq (Rivioda)

9. Mama nak pi cari kursus berkaitan terapi untuk Haziq

10. Nak beli standing frame yang lebih sesuai…

Banyak kan impian mama yang masih belum tertunai. Kalaulah betul Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan…harap tuntutan itu akan menjadi kenyataan dan menjadi hadiah terindah untuk semua super mum’s and super dad’s angel yang mungkin berfikiran sama dengan mama demi anak syurga tercinta….

 

Advertisements

2 thoughts on “Tuntutan CEUPACS RM700-RM2500?

  1. try pergi terapi nury kat bukit antarabangsa….saya dah cuba utk anak thn lepas….anak saya didiagnosis ohtahara syndrome, sekarang umor 3thn n jalani pemeriksaan d husm k.kerian.

    • Assalamualaikum….anak saya jalani pemeriksaan di Hospital Sultan Ismail JB, neuro dan metabolik di HKL dan mata juga di HKL. Nanti saya cari dulu info terapi di nury tu.Terima kasih ye…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s