Hari Keluarga Persatuan Celik P.I.P.I

Hari ni mama memang betul-betul jadi Super mum untuk super kids mama. Mama sendirian membawa tiga orang anak hadir ke Majlis Hari Keluarga Persatuan Celik P.I.P.I Anjuran Jabatan Rehabilitasi HSA. Alhamdulillah, persatuan yang kami perjuangkan sejak 2010 akhirnya berdaftar secara rasmi pada 27 Januari 2012. Lepas ni bolehlah kami bergerak secara legal, rasmi..Kali ni mama tak contribute apa pun sebab agaknya depa tahu mama agak sibuk, jadi mereka tak kacau mama tapi kalaulah mama tahu, paling tidak boleh bantu sedikit sebanyak. Mama tahu pun dah seminggu majlis nak berlangsung, jadi sebagai sokongan..mama datang walaupun tanpa Super dad. Super dad kena kerja…..huhuhu..maka mamalah yang menjadi Super Mum dan Super Dad hari ni….

Tujuan utama ialah bawa Haziq bertemu ibu-ibu lain yang begitu teringin nak lihat Haziq sebab sebelum ni mama tak pernah bawa Haziq setiap kali ada seminar yang dianjur persatuan. Macam mana nak bawa….mama jadi MC, tak terjaga anak-anak mama nanti. Kali ni dapatlah mereka tatap wajah Haziq…Alhamdulillah Haziq pun tak meragam.

Ada acara hidroterapi oleh fisioterapist dari HSA selama sejam. Haziqlah paling dapat tumpuan dek kerana paling selesa kelihatannya dalam air dengan ‘neckfloatnya’. Ramai yang bertanyakan tentang neckfloat tersebut. Mama pasti akan sharekan di mana mama beli supaya anak-anak lain boleh cuba. Dapat jugalah 2-3 orang mencubanya dan mereka gembira kelihatannya. Haziq pun asyik ketawa saja sepanjang sesi.

Bersama En Fendi,fisioterapist dari HSA

Super Rahimi dan Super Sofiyah paling pantang jumpa air....

sebahagian Super Mum's...yang lain dah bersepah-sepah,tak dan nak panggil....

Selepas tu, ada sukaneka. Si abang paling seronok, masuk 4 acara, menang 3 acara..si kakak…masuk satu acara, kalah..terus tak mahu dah…..

muka dah mula penat...

Lepas sukaneka, makan tengah hari..lepas tu acara bebas…si abang dan si kakak ambil peluang main air lagi…jenuh mama menunggu. Haziq pun dah mula tunjuk penat..mujurlah Haziq tak meragam. Bila balik rumah saja, mulalah Haziq meragam…kembung…huhuhu mujur sangat Super Dad take over….mama terus terlantar atas katil…sakit kepala, letih tak payah ceritalah…Waktu inilah terasa
“Mama perlukan Super Dad!!!!”…..baru sehari jaga sorang-sorang….Mama tak dapat bayangkan hebatnya Super Dad bila mana kena jaga anak-anak sebulan sewaktu mama berkursus di Kedah tahun lepas. Ya Allah…..syukur padaMu kerana menghadiahi mama dengan Super Dad yang menjadi tulang belakang mama..menjadi insan terbaik buat mama, dan Super Kids mama……

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s