Balas dendam….

Bila balik dari majlis hari keluarga semalam…hingga ke malam Haziq merengek. Tidurnya tidak nyenyak..sekejap-sekejap tersedar…menangis tak payah ceritalah dia punya jerit…mama pun sampai nak berpinar-pinar,kejap-kejap tersedar. Bila Super Dad tolong urut-urutkan kaki Haziq..nampak juga perubahannya. Nampak lebih selesa dan agak nyenyak.

Pagi tadi, agak lewat juga bangun dari tidur. Bangun-bangun mama terus suakan susu. Malam tadi sedar ke tidak, mama pun tak perasan….masing-masing dah lepak. Lepas je dapat susu, terus Haziq tidur semula. Nyenyak betul…bising-bising di sebelah pun tak sedar. Bila dua tangan dah mendepang…tu memang nyenyak yang sesungguhnya. Dapatlah mama kemas rumah, masak nasi Haziq, basuh pinggan….bab basuh baju mama biasa angkat tangan sebab Super Dad punya bahagian….Mama cuma part melipat aje….

Bila tengok Haziq begitu nyenyak tidur, tak sampai hati nak kejut walaupun dah melepasi waktu makan dan waktu mandinya. Karang kalau kejut tiba-tiba dan Haziq terkejut, En S***nnya memang suka buat surprise…tu yang mama tak mahu. Jadi biarlah Haziq tidur puas-puas…..

Tak sampai hati nak kacau.....

Inilah penangan kembung dan kepenatan gara-gara semalam..huhuhuhu…Tepat pukul 12 tengahari baru Haziq buka mata….apa lagi….mama terus suakan nasi….dah lapar sangat, terus ngap!!!! Lepas tu siap-siap mandi, baringkan depan tv, layan tv pula sementara mama masak untuk makan tengahari. Waktu mama tulis entri ni pulak, Haziq memang dok terkebil-kebil di sebelah…..terlebih tidur…tapi mata dah layu semula….Haziq…..Haziq…..

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s