Kerusi roda oh kerusi roda….

bakal dimiliki Haziq...

Pagi tadi Super Haziq hadir untuk sesi temujanji dengan Dr Sharon, pakar rehab di HSI. Assesment dibuat dan perkembangan kaki Haziq agak lembut, sedikit mudah dilenturkan, cuma agak sukar apabila Haziq ‘melawan’. Kakinya dikeraskan dan susah nak lentur bila berada dalam keadaan stress. Doktor lihat juga perkembangan leher Haziq dan akhirnya mencadangkan agar Haziq menggunakan kerusi roda seperti dalam gambar di atas. Tujuannya, supaya postur Haziq ketika duduk lebih elok dan kakinya akan diletakkan dengan lebih baik dalam posisi 90 darjah tegaknya.

Bila ditanyakan harganya, memang terdiam sekejaplah sebab hampir RM4K! Nak bayar sekelepuk memang tak mampulah. Mujur sebagai kakitangan kerajaan, ada kemudahan perubatan untuk ahli keluarga. Mungkin akan memakan sedikit masa untuk menguruskan hal berkaitan mendapatkan kerusi roda Haziq ni. Perlu memohon melalui JPA tetapi apa yang menggembirakan, makluman daripada pihak JPA, sebenarnya permohonan boleh terus diajukan kepada ketua jabatan masing-masing kerana surat pekeliling perkhidmatan Bil.21 Tahun 2009 menyatakan bahawa kuasa melulus permohonan sara ubat diturunkan kepada Ketua Jabatan berdasarkan budi bicara. Mudah-mudahan sangatlah Ketua Jabatan mempunyai budi bicara dan mempertimbangkan permohonan yang bakal mama ajukan sedikit masa saja lagi. Mudah-mudahan urusan berjalan lancar….(Aminnnn)…..

Kebetulan juga,  supplier dari Seremban yang memang supply kerusi roda di HSI ada bersama-sama pagi tadi. Mereka hanya datang lima minggu sekali. Dah rezeki Haziq agaknya bertemu mereka. Bukan senang nak dapatkan ‘custom made’ punya equipment….Dah namanya hendak buat istimewa untuk insan yang istimewa, harganya pun pastilah istimewa….Badan Haziq diukur siap-siap supaya mereka boleh terus buat kerusi yang sesuai dengan fizikal Haziq..

Sebelum balik Haziq dinasihatkan makan sejenis ubat, namanya Beclofen, untuk melembutkan otot kakinya…masih dalam dilema..nak makan atau tidak?Dengan berbasa basi, mama tanyalah Dr Rehab yang lain, boleh ke kalau tak makan sebab Haziq berkahak. Dr.tu hanya tersenyum dan akhirnya berkata…”makanlah….’ dalam nada yang sungguh lembut….aduh….Apa-apa pun, misi mama sekarang ialah isi borang dan hantar!!!!!Mudah-mudahan Haziq akan dapat alat yang boleh membantu meningkatkan kualiti hidupnya!!!

4 thoughts on “Kerusi roda oh kerusi roda….

  1. baclofen ok, cuma kahak sentiasa ada n kena stanby ubat cair kahak….dah tiga thn ilham mkn baclofen n perkembangan otot dia semakin baik, cuma pinggang lemah n payah nak berdiri. anyway selamat berusaha utk adik haziq….

    • Sue…betul, haziq pun banyak kahak…Ilham dah berapa tahun ye? su ada jumpa Dr Sham hari tu, memang ada train guna bola untuk kuatkan pinggang dan kepala. Selamat berusaha untuk Ilham juga ye…

  2. baclofan darwisy pun bruy 2 bln mkn, sya pun xtau ok ke x mual tu nk mkn ke x…tya dr mmg dia suh mkn sbb xmau bg keras.mula mkn tu dia lembik jer sya stop kan, pastu tgk ok bru sya smbng blk. so far alhamdulillah.tgk smpai 4 bln sbb stok doc bekalkan utk 4 bln je

    • Assalamualaikum…
      Hmm…Haziq sekarang makan baclofan tu kad..dang..kad..dang….kalau boleh mama dia memang taknak bagi makan. Senang cerita, intensifkan terapi kaki daripada bagi makan ubat. Dia makan pun berkahak. sekarang tengah cuba terapi ais..harap2 boleh membantu. Baclofan tu Haziq kena ambil baru every two week..sebab dia bagi syrup..tak tahan lama agaknya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s