Duit oh duit…………..

Kalaulah mama ada duit sebanyak ni....

Bila tengok duit sebanyak ini, mesti kagum kan…Siapalah punya duit yang banyak ni. Walaupun entah-entah sesaje je nak tayang yang mereka ni banyak duit..tak baik tau…..kalau rasa dah banyak sangat duit…meh bagi kat Haziq…hihihihi…..

Petang tadi sedikit berserabut saya bila dapat panggilan telefon daripada staf di institusi lama. Maklumlah, sekarang dah tak bekerja di tempat lama…jawatan telah ditarik ke HQ, huhuhuhuhu……dapat makluman yang sedikit menggusarkan tetapi….apa yang datang itu semuanya cabaran kecil yang pastinya akan dapat dilalui dengan tenang (mudah-mudahan)…..

Apa kaitannya panggilan telefon dengan tajuk entri di atas tu? Hmm biar saya ceritakan. Entri sebelum ni ada diceritakan mengenai Haziq yang perlu memakai kerusi roda. Bila saya call JPA, JPA kata surat turun kuasa dah diberikan kepada Ketua Jabatan mengikut budi bicara. Kalau ada peruntukan, maksudnya tak ada masalah untuk kami buat permohonan dapatkan kerusi roda untuk Haziq melalui LO daripada institusi. Tak perlu keluar duit pun….

Staf tersebut rujuk kepada pegawai di HQ di mana saya ditempatkan dan dimaklumkan bahawa saya kena beli dulu kerusi roda tu, kemudian lampirkan resit, borang permohonan dan sebut harga. Ha…disitulah kaitannya dengan duit!!!!!

Tujuan kami memohon ialah untuk dapat LO supaya kami tak perlu keluarkan duit dahulu…Kalau harga kerusi roda tu hampir 4 ribu, mana kami nak cekau duit??? Kerusi roda tu pun bukannya boleh beli ikut suka hati, perlu ikut kesesuaian tubuh badan Haziq, custom made memanglah mahal harganya…..Kalau orang kaya contohnya tempah baju custom made beribu-ribu tak ada masalah..kami yang golongan sederhana ni terdiam bila terpaksa keluarkan wang yang jumlahnya bukan sedikit. Inilah kerenah birokrasi yang terpaksa dihadapi oleh pegawai-pegawai kerajaan. Nak kata ramai sangat yang memohon bantuan, hmmm tak beranilah nak kata…tak tahulah apa yang susah sangat nak keluarkan LO walhal pekeliling tu tak ada kata pun kena bayar dulu, claim kemudian…..hmmmmm

Itu baru kerusi roda…belum lagi peralatan lain yang memang diperlukan bukan saja oleh Haziq tapi untuk anak-anak istimewa yang lain…standing frame, kasut istimewanya…semuanya memerlukan kos yang tinggi. Belum lagi kos rawatan yang pelbagai yang cuba diusahakan oleh ibu bapa yang memiliki anak-anak syurga…Pernah juga saya memohon bantuan pesakit terlantar dari JKM kerana Haziq dikategorikan sebagai terlantar dan memerlukan pengurusan 100 peratus daripada orang lain, sayangnya permohonan itu ditolak. Alasannya, pendapatan isi rumah lebih 3K!!! Paling menyedihkan…kenyataan yang saya terima adalah ” Kalau kami berikan, nanti ibu bapa lepaskan tanggungjawab pada anak-anak”. Wajarkah????????????. Saya rasa dasar itu wajar diubah…kalau bantuan tersebut memang hendak disalurkan…perlu disalurkan atas dasar anak itu yang dikategorikan OKU, bukan atas dasar status ibu bapanya melainkan ibu bapanya memang betul-betul kaya raya, pendapatan berpuluh ribu sebulan….no wonderlah tak wajar diberikan…

Bagi kami, bantuan yang sedikit itu sangat besar ertinya. Bayangkan kalau dengan bantuan 300 ringgit sebulan untuk OKU terlantar, paling tidak ibu bapa berupaya membawa anak ke rawatan terapi swasta paling tidak 2 atau 3 kali sebulan!!! Nak harap hospital kerajaan?? Sangat beruntung kalau dapat sekali sebulan!!! Pesakit ramai dan menyebabkan ibu bapa perlu mencari alternatif lain…..sayangnya hak itu juga tidak berjaya kami dapatkan untuk anak kami….besar sangat agaknya gaji kasar kami itu…..tak perlu kira banyaklah…daripada 3k tersebut, tolak sahaja perbelanjaan bulanan Haziq yang mencecah RM1300 sebulan, agak-agaknya baki yang ada untuk perbelanjaan lain tu banyak tak???? Cuba garu kepala sendiri…hihihihihihi……

Pendapatan lebih 3K secara kasar, ditolak segala perbelanjaan..kadang-kadang kami rasakan seolah negatif jadinya TETAPI…….alhamdulillah sehingga hari ini kami mampu bertahan, rezeki anak-anak sentiasa ada……cuma kali ini saya perlu memikirkan di mana kami perlu dapatkan sumber kewangan..hmmm….hmmm….

fikir jangan tak fikir.....

Mudah-mudahan esok saya akan dapat berita baik melalui SBPA. Manalah tahu kan…..sedikit sebanyak dapat membantu. Tapi esok saya akan cuba untuk hubungi pihak-pihak berkaitan untuk saya berbincang agar saya dapat membuat pembelian kerusi roda Haziq melalui LO tanpa perlu saya berfikir sampai nak pecah kepala mana nak cari duit. Bukanlah hendak berpeluk tubuh, tetapi kemudahan yang sedia ada pun kalau hendak disukarkan…saya sendiri tak faham…Kita berurusan dengan manusia yang mempunyai rasa hati…mempunyai akal fikiran….tahu apa yang boleh dan apa yang tidak….harap-harap urusan saya akan dipermudahkan.

Saya percaya ramai lagi ibu bapa seperti saya yang mungkin menghadapi masalah birokrasi yangentah apa-apa. Mungkin juga kerana anak-anak kami ini tidak dapat memberi sumbangan kepada negara, maka hak mereka dinafikan. Saya harap semua urusan berkaitan anak-anak istimewa di negara ini dipermudahkan. Selagi mereka tidak berada di dalam ‘kasut’ kita..mereka tidak akan mampu ’empati’ dengan segala dugaan dan cabaran yang kami lalui….

“Ya Allah…Kau permudahkanlah urusan kami dalam menjaga amanahMu. Kau berikanlah kami kekuatan, iman yang teguh, ketabahan dan kesabaran dalam melalui setiap hari mendatang bersama amanah yang Kau titipkan kepada kami. Kau kukuhkanlah ikatan kasih sayang antara kami. Kau bukakanlah pintu hati insan-insan lain dalam memahami keperluan dan dugaan yang kami lalui. Kau bukakanlah pintu rezeki yang barokah, seluas-luasnya buat kami yang memiliki anak-anak syurgaMu….kau berkatilah setiap rezeki yang telah Kau aturkan buat kami dan Kau berkatilah perjalanan kami menuju syurgaMu. Sesungguhnya Kaulah yang Maha Mendengar, Maha Pengasih dan Penyayang, Maha Mengerti segala isi hati hamba-hambaMU”……..

2 thoughts on “Duit oh duit…………..

    • Assalamualaikum. Terima kasih singgah di blog Haziq…umur Haziq dah tiga setengah tahun.Mula-mula diagnos sebagai Ohtahara Syndrome tapi akhirnya dapat tahu bukan…Haziq penghidap 2nd chromosome duplication syndrome..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s