Demam rindu agaknya…

Dah lama rasanya Haziq tak demam. Hari pertama mama sampai di Pasir Gudang selepas urusan rasmi di luar negara (Chewah..macamlah jauh sangat kan…)..Haziq ketawa bila dengar suara mama. Terus tak mahu minum susu yang disuakan ibu (pengasuhnya). Terus nak dipegang-pegang, dicium-cium dan digomol seperti biasanya mama lakukan.

Keesokan hari, meskipun tubuh masih lesu, kaki masih sakit gara-gara jalan-jalan cari pasal di Gunung Tangkuban Perahu, mama harus ke pejabat sementara. Haziq mama tinggalkan di rumah ibu. Rupa-rupanya, Haziq demam.  Hampir setengah tahun ibu jaga Haziq, inilah kali pertama Haziq demam. Ibunya pun tak perasan Haziq demam. Demam rindu ke ni? ahaks……

Balik kerumah, Haziq masih merengek. Mama tak berikan pun ubat klinik atau hospital. Apa yang mama buat hanya basahkan tuala, tuamkan di kepala dan di perut. Suka benar dia, ada ketikanya boleh ketawa sebab biasalah Haziq…sejuk-sejuk suka aje. Mama risau juga takut-takut kalau encik s***nnya menyerang sebab biasanya kalau demam, sukar nak kawal encik *s* yang datang menyapa. Alhamdulillah….nampaknya macam tak ada yang menakutkan. Merengek tu biasalah, menangis dan sekejap-sekejap tersedar pun perkara biasa.

muka demam......

Setelah dituam, alhamdulillah, hingga ke pagi nampaknya nyenyak.Bangun pagi berpeluh-peluh. Rupa-rupanya penghawa dingin dinaikkan kepada 27. Patutlah super handsome mama ni berpeluh-peluh….Alhamdulillah, tak sampai sehari suhu badan Haziq dah kembali ok. Lega hati mama dik…..

15 thoughts on “Demam rindu agaknya…

    • Terima kasih Kak Gee…ini bahagian saya. Bila ada Haziq, dia mengajar saya untuk jadi mama yang lebih sabar berbanding dulu…(hehehe)…Dia anugerah yang paling indah dalam hidup kami, penguat kasih sayang kami. Allah tu kan Maha Mengetahui…pasti dia dah aturkan yang terbaik untuk kami……

      • setiap org ada bahagiannya Su..yg bezanya samada kecik/besarnya ujian tu..paling penting cara kita mengatasinya..samada kita sabar/tenang/redho/ikhlas menerima ujian itu..dan pastinya ada hikmah disebalik semua tu..Allah lebih mengetahui apa yg terbaik utk kita semua..

        tp kak gee mmg salute la dgn Su..u r a great mom..

  1. Salam kak su….sy pon salute ngan akak sbb begitu tabah dan sabar dgn dugaan yg Allah berikan….sy pun ada baby 5 bln…kena sawan waktu umur 2 bln ++…skrg tgh berubat tp confius samada nak berubat cara moden atau homeopathi…baby sy pon kena sawan tp bkn sebab demam panas….akak blh add sy kat fb x?aishah ibrahim…

    • Assalam Aisyah..pertamanya, terima kasih singgah di blog cerita Haziq……soal berubat, cuba saja semua….cara moden dan apa saja yang sesuai. Sawan kalau bukan sebab demam panas, mesti ada sebab lain. Apa masalah anak Aisyah? Nanti akak add Aisyah dan akak nak Aisyah join satu group ni..Super Mum’s and Super dad’s angels..semua ahli ni adalah parent yang ada anak macam Haziq, ada doktor, ada pensyarah, ada terapist…banyak ilmu boleh kongsi di sini.Haziq juga sawan bukan kerana demam, tapi kerana masalah kromosom. Kita kena cari sebab barulah kita akan tahu rawatan apa yang paling sesuai. Apa yang boleh akak katakan…..banyak2 bersabar dengan ujian ini….kuatkan semangat sebab anak akan serap semangat kita…..jangan lupa ceduk ilmu di group..mereka sangat informatif dan sangat membantu……kita adalah hamba yang terpilih ye Aishah……Allah tahu apa yang terbaik untuk kita…

      • Trima ksh kak sbb sudi reply msj sy….anak sy start kena sawan sbb colic teruk…dia pernah msk wad selama 1 minggu…test darah,air kencing,mri semua ok cuma eeg dia jer yg teruk…sblm nie doktor bg ubat clozorofirm ngan othopiramid (xtau ejaan betul ker )…tp sy stop sbb anak sy tido jer..,sy try homeopathi ngan tf tp fit dia dtg balik..,,sy refer ppum,diaorg bg vitamin tp sy lupa lak nama vitamin tue….fit dia jrg sampai 10 saat..,biasa 4 @ 5 saat…xpernah bdn jd biru tp sampai skrg leher dia lembik n mata xfocus….

      • macam Haziq dulu, semua test buat.EEG teruk jugak..buat lagi test darah berkali2 sebab fit tak ok, then genap usianya 2 tahun baru tahu ada masalah kromosom.Clonazepam kot….memang makan ubat sawan budak akan rest (kata doktor) tapi kita kena sabar sikit.Bila akak dah tahu penyakit Haziq genetik, akak stopkan sendiri ubat hospital, tawakal je dan maintain dengan TF sejak September 2010. Memanglah perubahan tu sedikit tapi alhamdulillah, jarang sangat demam, tak pernah selsema yang teruk dan tak pernah lagi ke hospital untuk sedut kahak sebab dah pandai buang sendiri. Tak apa, peringkat awal memang kena cari tahu juga penyakit anak, baru kita tau apa ubat dan rawatan yang paling sesuai. Akak dah request FB Aishah, yang ada gambar baby tu kan? sebab ramai yang namanya sama…

  2. sebulan yg lps sy dah stop ubat hospital,sy amik homeopati ngan tf tp 2 minggu lps,fit dia dtg balik…,sy pegi balik hispital tp government punya hospital..,tp mmg lmbt nak jumpa doktor,next mth br dpt appointment….skrg xrau samada nak bg baby msk wad @ x….klu akak kat tmpt sy,apa akak akan buat?xder pon request akak…fb sy:aishah ibrahim…

  3. Salam,akak blh x add sy kat fb?sy sgt2 perlukan seseorg yg blh berkongsi berkenaan anak sy…sy sgt2 berharap akak blh bantu sy…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s