Aiskrim pisang

Semalam Haziq takmo makan. Puas juga mama pujuk. Makannya cuma sedikit. Haziq ni ada hari-harinya kalau takmo makan, memang dia takkan makan, tapi kalau moodnya baik, memang banyak makan. Jadi…mama cuba perkenalkan dengan sesuatu yang baru. Haziq ni pantangnya kalau disuakan makanan yang sejuk di mulutnya terutama aiskrim. Maunya dia menjerit tak hengat!!! Pernah juga mama dengki letakkan aiskrim, Haziq menangis hingga tahan nafas dan encik s***nnya pun menyapa. Selepas tu mama dah tak berani nak bagi aiskrim.

Cuma semalam, mama nak cuba sekali lagi suakan aiskrim. Kali ni mama tunggu aiskrim tu mencair sikit. Dalam hati berdoa bagai berharap Haziq tak menjerit.Alhamdulillah…..mulanya dia berbunyi juga tapi bila agaknya dah rasa sedap……mintak lagi!!! Bersememeh muka makan aiskrim strawberry….sukalah pulak…

Saya makan aiskrim...

Tengok mukanya, takde muka marah kan? Dapat jugalah banyak suap…..Keesokannya (hari ni le)…mama cuba lagi makanan baru untuk Haziq. Kali ini memang sengaja mama suapkan makan petang Haziq sedikit lewat. Kalau biasa pukul 5 Haziq dah makan, kali ni mama gantikan makan petangnya dengan sebiji pisang!!! Ingatkan tak mahu…rupanya mahu!!! Lepas sejam baru mama berikan nasi Haziq macam biasa. Super dad pun tak sangka Haziq mahu makan pisang. Lepas ni nampaknya mama akan sediakan stok pisang di rumah. Karbohidrat tu…kalau Haziq tak mahu makan nasi, mama ganti dengan pisang. Mesti Haziq akan makan sebab pisang kan manis……Haziq dah diperkenalkan dengan dua jenis makanan baru dalam dua hari cuti di hujung minggu. Lepas ni bolehlah mama cuba makanan lain pulak. Haziq…be ready ye…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s