Cerita di bilik terapi….

Sambungan kepada entri terdahulu. Nak kongsi satu cerita bila dah masuk bilik. Bilik apa? Mestilah bilik terapi dengan Dr Sham……

Kami disambut dengan senyuman. Dr Sham dibantu oleh Karen, seorang pembantunya yang sangat friendly. Tiba-tiba boleh hilang pulak debaran tadi. Denyut jantung pun rasa stabil….Apa lagi, Haziq dibaringkan. Taklah terus kena dera tapi berceritalah juga mengenai kondisi Haziq kepada Dr Sham supaya beliau tahu keadaan sebenar Haziq dan apa bentuk terapi paling sesuai dijalankan ke atas anak syurga yang seorang ini. Amazingly!!!! Haziq adalah peserta paling sporting….bukan menangis, malah dia boleh gelak2……bila digolek-golekkan, mama yang rasa pening, Haziq boleh ketawa. Nak upload video panjang sangat, hampir 40 minit, lepas tu tak tahu pula macam mana nak upload kalau di wordpress..sedih kan…….

Dr Sham memberi mama motivasi untuk perkembangan Haziq. Melihat keadaan Haziq, Dr Sham menyatakan bahawa  ” He is willing to learn, its just how the parent’s effort to teach him to learn”. If we do it agressively, he would fastly improved”. Kata-kata Dr Sham bila melihat situasi Haziq yang tenang, rileks dan tertawa. Jarang baginya melihat kanak-kanak yang ketawa sewaktu sesi terapi. Lazimnya memang akan menangis.

Oleh kerana masa pertemuan yang begitu singkat, Dr Sham cuba berikan sebanyak yang boleh untuk kami praktikkan. Dr Sham galakkan kami untuk sebolehnya menyediakan peralatan untuk merangsang motor kasar dan motor halus Haziq sambil melakukan terapi. Tak pula sempat ambil gambar sesi terapi sebab super dad sibuk ambil video. Antara peralatan yang perlu kami sediakan dan ‘APLIKASIKAN” antaranya:

1. Peanut ball
2. Hanging wall untuk hangkan Haziq selama sejam setiap hari. Mula-mula hangkan
    saja di durian ball. Jenuh juga memegangyna selepas mama cuba malam
    semalam dengan keadaan kepala Haziq ke bawah selama 50 minit, lepas tu
    tangan mama yang longgeh….hihi
3. Lighting wall/spot light/mentol
4. Exercise ball saiz kecil yang baru dibeli untuk latihan semasa duduk
5. Crawler sama seperti kepunyaan Aiman Si Hebat CP!…mau order dari Kak Ju
    nampaknya…………..
6. Inclined track…..super dad kena fikir macam mana nak buat….
7. Ketulan-ketulan ais
8. Alat-alat untuk stimulasi pendengaran, penglihatan, rasa seperti mainan yang
    berwarna warni, flash card….
 
Antara peralatan yang tersedia di rumah Dr Afifi untuk anaknya. Ada lampu raya lagi…..ini juga perlu untuk Super Haziq…

Fikir-fikir kalau buat nak letak di mana ye.....

baru beli semalam.....

lap lip lap lip lap.......

Testing Haziq dalam keadaan begini selama 50 minit malam semalam.....

Itu baru peralatan. Aktiviti pertama yang diajar semalam ialah ‘patterning’. Diajar secara terperinci supaya kami boleh buat di rumah 15 kali sehari. Lepas tu mama terdiam. Macam mana agaknya mama nak adjust masa sedangkan hampir 8 jam Haziq berada di rumah pengasuh. Waktu selebihnya mama tak ada masalah. Masih mencari jalan penyelesaian untuk yang satu ini. Kemudian Haziq dirangsang melalui penggunaan peanut ball, teknik yang betul. Rolling yang betul juga diajar. Tak perlu rasa nak kena ‘tembak’, mama dah ‘tertembak’ dah….Selalu roll perlahan je takut-takut tangan kakinya sakit. Bila tengok Dr Sham buat, tertelan sekejap air liur sendiri. Siapa tak berani tak perlulah tengok, memang takut tapi….kami kena BUAT!!!..Jadi kenalah buang perasaan kasihan dan takut sebab memang akan jadi pendera tak bertauliahlah lepas ni….semuanya kerana Glenn Doman punya teknik untuk merangsang otak anak-anak syurga agar bekerja seperti yang diarahkan.
 
Kemudian, mama diajar melakukan ‘masking’ supaya Haziq akan menerima oksigen yang lebih banyak selesai aktiviti tersebut dibuat. Seminit saja, tapi 15 kali sehari, selang 15 hingga 20 minit. Mula-mula mengaruk juga tapi lama-lama terpaksa bernafas dalam plastik…cuma,jangan lakukan aksi di depan kanak-kanak, kalau ditirunya bahaya!!!!. Dr Sham juga mahu Haziq di’hang’kan untuk melancarkan peredaran darah dan otaknya akan bekerja lebih keras. Mula-mula hangkan saja di atas bola dalam keadaan kepala ke bawah dan kaki ke atas. Mamalah kena pegang kakinya. Sejam sehari. Dah cuba, lepas tu Haziq terus lepak….Selepas dua minggu, gantungkan Haziq dalam tempoh sama di dinding ke, buaian ke….kena pasang hook di bim lepas ni. Super dad dah terbayang ruang mana mahu dipasangkan hook tersebut. 
 
Selain daripada gantungkan anak mama yang handsome itu, Haziq diajar untuk mengensot di atas incline track. Percubaan pertama semalam agak memberangsangkan. Haziq dah mula nak marah sebab dah penat…menangis aje, Haziq bergerak ke depan dan terus menuju ke mama yang sedia menunggu di depan. Dr Sham lihat ia sebagai perkembangan yang bagus. Sebagus mana Haziq boleh mengensot di atas incline track itu akan bergantung kepada kekerapan ‘patterning’ yang diusahakan.”Tertembak” lagi…………Mama turut disarankan untuk melakukan terapi ais untuk Haziq 3 kali sehari. Mudah-mudahan yang ini dapat mama lakukan secara konsisten untuk kebaikan Haziq juga.
 
Sesi kami ditamatkan sebab masa pun sudah sampai ke penghujungnya. Sesi yang singkat tetapi penuh dengan informasi. Sempat jugalah kami bergambar sengan Dr  Sham dalam keadaan Haziq yang melalak sebab kena turun ikut incline track…..

Dr Sham dan Karen....Haziq sudah 'menyanyi'....

Elok saja keluar dari bilik tu, tangisannya terhenti. Eh….ni menangis saja mahu perhatianlah ni. Jam di tangan rupanya sudah pukul 11.15 pagi. masuk bilik 10.30 pagi, awal setengah jam. Dah laparlah ni…sempat makan dahulu sebelum menunaikan janji untuk Super kakak dan Super abang untuk ke TESCO…..

Dah laparlah ni....jemput makan...

Selesai pertemuan, kami terus ke TESCO Seri Alam. Semua dah kelaparan. Mama pekena mee goreng special dan chocolate cool blog. Super dad kongsi je dengan mama. Super kakak dan abang makan chicken chop special. Sejak bilalah anak-anak pandai makan chicken chop ni???? Pengaruh siapakah??? Layankan saja……….Haziq?????

 

Pertama kali makan chicken chop....tak pernah-pernah...nasib baik licin.....

Haziq???? Mana Haziq?????

saya nak tidur...............

Terima kasih kepada Dr Asma yang sudi meminjamkan ruang bilik di rumahnya untuk super parent berkumpul semalam. Dari jam 8-5 petang. Walaupun tak dapat berkumpul semua kerana mengikut sesi masing-masing….mama pasti semua super mum mendapat manfaat yang besar melalui pertemuan ini. Terima kasih kepada Khairun Darwani yang mencetuskan ilham hingga tertubuhnya Super Mum’s and Super dad’s Angel Group di facebook yang menghimpunkan hampir 400 ahli walaupun belum sampai setahun penubuhannya. Terima kasih untuk Kak Afidah Ayob a.k.a Kak Ju yang selalu jadi motivator kami walaupun belum berkesempatan bersua muka, berpeluk dan berlaga pipi…ahaks….dan super-super mum yang lainnya.

Inilah cerita pertemuan dengan Dr Sham. Memang panjang senarai tugasan yang nak kena buat tapi demimu Aiman Haziq, mama rela….sebab?

Kau datang padaku membawa cinta
Memberikanku sedetik rasa bahagia
Kau berikan daku sinar kedamaian
Kau ciptakan daku jalur ketabahan
Kau tunjukkan daku cahaya yang terang
Hadirnya dirimu anugerah tak terbayang……….
Dan percayalah…kau kupu-kupu syurga………….

One thought on “Cerita di bilik terapi….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s