Ganbatte!!!!Pertemuan dengan Dr Sham di JB

Mama ada satu masalah sejak zaman sekolah. Kalau esok nak ke mana-mana, atau ada program penting yang melibatkan mama, malam sebelumnya memang tak boleh tidur. Masalah tu terbawa-bawa hingga pada hari Sabtu yang lalu. Kenapa? Sebab semalam (Ahad) mama ada pertemuan penting dengan Dr Sham di JB untuk temujanji dengan Aiman Haziq. Mata tak mahulah dia nak tidur…dipujuk-pujuk, dibelai-belai…tak mahu jugak….sudahnya jam 3 pagi Ahad tulah baru mata ni ajak pi mencari bantal. Uhuk…uhuk……

Pukul 5 pagi dah tersedar. Punyalah awal sebab teruja punya pasal. Siapkan beg Haziq, masakkan nasi lembik campur kurma dan kismis untuk Haziq…pagi-pagi kena sediakan. Kalau tidak, satu hal lagi nak uruskan super kakak dan super abangnya nanti. Ada pula ragam lainnya, tak mahu pula mengikut…….nak tinggal di rumah kononnya. Selepas disogok dengan hadiah akan ke TESCO selepas sesi temujanji, barulah masing-masing mahu masuk ke dalam bilik air. SSuper abang punyalah handsome dengan kemeja merah..berbutang sampai nak tercekik leher. Super kakak pandai pula menyelongkar almari pakaian, cari jeans biru, baju biru dan tudung biru. Bila tengok almari pakaiannya…mengurut dada superr mama dibuatnya….Mujurlah mama tak ada sakit jantung nak oi………………………

Dalam perjalanan ke rumah Dr Asma Afifi, lokasi pertemuan kami bersama Dr Sham

Temujanji kami jam 11 pagi. Tapi kami bergerak awal..Kalau berkesempatan, sempatlah kami bertemu abang ipar dan biras yang juga membawa anak mereka ke temujanji yang sama, tetapi sesi mereka lebih awal. Sampai-sampai di sana, berpusing jugalah mencari blok dinyatakan, rupa-rupanya dalam kawasan Hospital Sultanah Aminah, tidak jauh dari Monash University. Kami fikirkan di luar………Tiba di blok, tak terpandang bayang lif. Mama dengan penuh gagah mendukung Haziq naik ke tingkat 5. Mujurlah anak tangganya pendek-pendek….tapi sampai atas pun semput jugalah…..Tiba di tingkat 5, barulah super dad ternampak lif…….Aduh…sudah kurus kuku, baru nampak lif…tak apalah….dah sampai pun.

Kami disambut mesra oleh suami Dr Asma, En Azuan. Dr Asma sedang memangku anaknya ketika itu. Mujur kami sempat bertemu abang ipar di sana yang baru saja selesai sesi mereka. Kedengaran suara kanak-kanak menjerit. Bila ditanya, rupa-rupanya Yusof, anak syurga seorang teman (Haryati) yang sedang menangis. Biasalah….teknik ‘dera’. Hati super mum kena ‘kering’. Jangan berangan nak letak taman astakona lengkap dengan ikan kelisa yang mahal tu ye…..Fenomena biasa, jadi taklah berasa hairan.

Hati semakin teruja. Selepas sesi Yusof, giliran Haziq pula. Sementara itu, sempatlah tumpang dudukkan Haziq di bumboo chair yang ada di ruang tamu rumah Dr Asma. Terlentok-lentok kepalanya, leher tak kuat lagi…..

tahan tangan ye nak...

tegaklah sikit badannya......

Habis sesi Yusof…sempatlah bersalaman dengan Haryati..tapi tak sempat bersembang sebab Yatt pun nak cepat, ada urusan lain. Nama haziq dipanggil ke dalam…dup..dup…jantung mama. Semalam rasa macam nak kena tembak. Adakah??????????…Kami pun berjalan menuju ke bilik yang disediakan. Jeng….jeng…jeng………….Kita tunggu selepas ini………………………..

Advertisements

2 thoughts on “Ganbatte!!!!Pertemuan dengan Dr Sham di JB

  1. slm tn umah…haziq skrg umur bape? dia ada mslh penglihaan jugak erk? smga bidadara syuga ini trs shat ye syg…aunty sll doakan buat ank² syurga ini… smga kita dikuatkan & diberi ktabahan serta kesabaran yg tinggi dlm mjaga ank syurga ini. amin ya rabb

    • Assalamualaikum. Terima kasih ye singgah di blog Aiman Haziq….Haziq sekarang sudah 3 tahun 8 bulan, insyaAllah bulan 7 ni empat tahunlah dia….Hmm…matanya juga ada amsalah, rabun 500,silau 400. Terima kasih atas doanya ye auntie……aminn ya rabbal a’lamin…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s