Air mata mama menitis lagi….

Aduhai anak……saat kau memandang tepat ke mata mama, itulah saat yang paling indah…….Tak mampu mama tahan air mata yang mengalir. Seandainya anak tipikal lainnya mungkin usia sebulan dua sudah mula mengenal wajah sang ibu, mampu menatap wajah insan yang melahirkan, namun tidak bagi takdirmu sayang….Kau tidak mampu menatap wajah mama……kau mungkin mengenal suara mama dan ayah tapi masalah penglihatanmu membataskan pandanganmu pada mama yang melahirkanmu sayang…..

Hari ini kau semakin membesar dengan sihat. Mama amat rindukan renungan matamu. Mama sangat sangat merindukan itu sayang. Hari ini, bila dua kali kau mampu memandang tepat ke mata mama, tiada perkataan yang mampu mama ungkapkan. Syukur Ya Allah. Mungkin anakku tidak tahu dia sedang menatap wajahku..atau mungkin juga dia sedang berusaha kuat untuk matanya mampu mengenal wajah mamanya…air mata ini masih mengalir laju……..

10 thoughts on “Air mata mama menitis lagi….

  1. Subhanallah….tiada kata2 yg dpt nurul katakan…tersentuh hati bila baca artikel ini…nurul dpt rasakan betapa gmbrnya akak hr ini…smpkan salam dan peluk cium dr nurul utk adik haziq dan family…

    • hanya Allah yang Maha mengetahui betapa gembiranya hati akak apabila direnung oleh Haziq meskipun mungkin renungannya tanpa sebarang makna.Terima kasih singgah di blog Haziq ye Nurul……

  2. Salam puan puan & aiman Haziq , Berat mata memandang berat lagi mata memandang . Tentunya kita ibu yang istimewa terpileh menerima ujian ini , kerana pengorbanan membela anak oku ganjaran nya menunggu di sana…… saya juga dikurniakan anak OKU dan saya juga memohon kerusi roda khas untuknya . Saya juga kakitangan kerajaan, Saya telah menghantar borang Sara Ubat ,permohonan bersama Laporan Perubatan dan Sebut harga . Kemudian setelah wang untuk kerusi roda saya terima (di Bank-in) . Barulah saya pergi membeli kerusi roda tersebut dari syarikat tersebut..

    • Assalamualaikum. Terima kasih sudi singgah di blog Haziq. Alhamdulillah, kami pun dah hantar borangs ara ubat, hanya menunggu kelulusan bahagian Sumber manusia sahaja……

  3. Saya harap dapat berhubung dengan puan kerana berminat membeli beberapa peralatan seperti yang digunakan Haziq untuk anak saya yang juga mengidap cebral Palsy terutama Hand & Leg Gaiter. Tolong emailkan saya no telefon @ email puan. terima kasih.

  4. ops maaf saya baru membuka blog puan, terima kasih…..saya akan hubungi puan selepas waktu kerja nanti… saya ingin berkenalan dengan puan untuk berkongsi pengalaman daripada puan.

    • Harishon..maaf saya baru perasan mesej Harishohn. Dah lama juga tak update blog ceritahaziq ni. InsyaAllah 2015 akan bermula kembali. silakan…kita boleh berkongsi cerita…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s