Senarai tugas mama…

Malam semalam mama buka semula video sesi terapi bersama Dr Sham. Rupa-rupanya panjang juga list tugas yang perlu mama buat untuk Haziq. Ada sepuluh je….phew…………

1. Stimulasi mata

Mama perlu sediakan lampu lip lap macam lampu hari raya tu, mentol board, meja dengan cover kaca untuk stimulasi mata. Perlu stimulasi mata dengan cara suluhkan lampu di mata berganti-ganti selama 1 saat, off, satu saat, off selama seminit bagi sebelah mata. perlu lakukan sebanyak 15 kali sehari. Phew…………………..

2. Patterning

Aktiviti ini perlu dilakukan selama sejam setiap hari. Tidaklah perlu terus menerus sejam, boleh demam urat dibuatnya. Boleh dibuat beberapa kali sehari, 15 minit, sepuluh minit pun boleh asalkan cukup satu jam. Haziq paling tak suka aktiviti ini. Bila tiarap saja, dia mulalah menyanyi. Mama pun masih belum berjaya melengkapkan durasi satu jam itu untukmu…huhuhuhu

3. Urutan tangan di kedua-dua belah sehingga ke pangkal ketiak sekerap yang mungkin sambil stimulasi si tapak tangan dan jari jemari.

4. Rolling

Aktiviti ini paling sesuai di atas tilam, ataupun atas alas yang agak tebal supaya tidak sakit. Yang ini pun 15 kali sehari tapi tak perlu lama-lama. Haziq paling suka aktiviti ini. Buat banyak mana pun dia tetap ‘steady’.

5. Rocking

Masa ini, peanut ball, durian ball, bolster atau bola exercise saiz kecil sangat sesuai digunakan. Tujuan? Untuk stimulasi tangan dan kaki serta balancing badan. Kalau ada “Nur Radiah” pun bagus juga ni….(hihihihi..hanya insan-insan tertentu saja yang mengenali Nur Radiah ini..tak pun Sharifah Radiah…..hikhik).

6. Terapi ais yang perlu dilakukan 3 kali sehari.

7. Hanging

Perlu digantungkan Haziq 2 jam selepas makan dalam masa sejam. Tapi tak perlulah terus menerus sejam. Boleh saja setengah jam di sebelah pagi dan setengah jam di sebelah petang. Dua minggu pertama, gantungkan saja di durian ball, untuk minggu-minggu seterusnya, sedang memikirkan di mana anak syurgaku itu akan di gantung. Di sudut atau ruang rumah yang mana paling sesuai.

8.Masking

Aktiviti ini pun cuba dielak Haziq. Bernafas melalui plastik. Perlu dilakukan 15 kali sehari, cuma seminit setiap kali.

9. Stimulasi deria rasa, sentuhan, penglihatan, pendengaran dan bau sekerapnya. Perkenalkan dua jenis bunyi setiap haridan juga bauan.

10. Penggunaan incline track.

Sedang dalam usaha dan proses untuk buat alat ini. Sedang juga berfikir ruang mana nak letak.

Melihat semula senarai ini, Super Dad pernah juga bertanya, boleh ke? Cukupkah masa yang kita ada? Baru dera beberapa hari Haziq dah menunjukkan tanda demam…huhuhuhu…….demam terkejut agaknya tapi nampaknya dah ok dah. Mama kata, insyaAllah..kita buat dulu yang mana penting, buat satu-satu…jangan terlalu terburu-buru nak buat semua..tup tup frust…lagi haru….

2 thoughts on “Senarai tugas mama…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s