Nasi berkuah tomyam

Selasa lepas mama ada temujanji pertama Haziq dengan klinik dental. Gigi Haziq memang banyak yang dah rosak. Mama takut-takut nak bersihkan gigi Haziq. Kalau bersihkan pun cuma di bahagian depan sebab tak boleh nak jangka serangan encik s***nnya…ada nanti tengah-tengah bersihkan diketapnya mulut…haru….tapi doktor kata kondisi gigi Haziq masih boleh diselamatkan. Syaratnya, kena bersihkan dengan kadar yang pantas dan ada teknik yang betul. Tambah lagi satu temujanji…..kata Super Dad. Mama kata itu baru satu…lepas ni mama nak pergi semula ke klinik ENT dan speech terapi pula memandangkan usia Haziq dah lebih 3 tahun.

Mujurlah misi kat HSI tu memang baik…mama diajar teknik yang betul untuk menggosok gigi kanak-kanak yang ada kes serangan s***n. Siap dapat percuma satu set berus gigi daripada klinik tersebut. Satu cara yang baru mama tahu, rupa-rupanya kalau nak gosok gigi anak-anak begini, ubat gigi tak boleh direct pada berus gigi. Perlu cairkan ubat gigi dengan air, kemudian masukkan berus gigi dalam campuran tersebut, barulah digosokkan ke gigi. Kenapa? Sebab bagi kes anak-anak yang ada karies, perlukan ubat gigi yang ada florida. Takut kalau ubat gigi tersebut direct pada berus gigi, kanak-kanak boleh tertelan florida dalam kadar yang banyak. Apabila telah dicampurkan dengan air, kuantiti florida masih ada namun kebarangkalian untuk  tertelan dalam kadar yang banyak adalah kurang.

Mama juga diajar mempelbagaikan jenis makanan untuk Haziq. Selama ini Haziq diberi makan nasi dan kurma sebab bagi mama kurma telah mempunyai segala nutrien untuk tubuh. Mama memegang konsep kurma itu kan makanan nabi, kalau berpuasa pun kita makan kurma dan kita boleh kekal cergas, jadi tak salah kalau mama berikan pada Haziq. Selera Haziq pun boleh tahan bila nasinya bercampur kurma dan kismis. Badan pun semakin ‘deboks’….hihihihi. Tapi misi tu kata tak bagus…manis katanya. Jadi mama pun berfiir-fikir untuk kurangkan kuantiti kurma dalam makanan Haziq. Pernah juga mama campurkan ayam dan carrot tetapi kurang menarik pada Haziq agaknya….Mama dicadangkan untuk beri Haziq nasi dengan labu, atau dengan brokoli. Hmmmm…berfikir-fikir, mahukah Haziq nanti?

Semalam Haziq diletakkan di rumah pengasuh kerana mama dan Super Dad ada tugasan. Hari ini dek kerana kebetulan kurma dah habis, mama puas fikir nak letakkan apa. Lupa pula nak pesan pada Super Dad suruh beli labu dan brokoli waktu Super Dad ke pasar malam tadi. Jadi mama pun cuba, try, uji, test dua bahan….hahahaha….banyak perkataan, maksud sama je kan….Mama tumbukkan ikan bilis dan bawang,mama masakkan bersama nasi. Suprisingly!!! Haziq tak menolak!!!…Kebetulan juga mama cuma masak tomyam hari ni untuk Super kakak dan Super abang Haziq..mama cuba lagi masukkan kuah tomyam dalam nasi Haziq. Eh….Haziq makanlah!!!!! Agaknya sedap rasa masam-masam masin tu yang membuatkan Haziq tak menolak. Alhamdulillah!!!!!! Lepas ni bolehlah mama minta tolong pengasuh untuk cuba beri apa saja makanan,sup ke…apa-apalah, yang penting tak pedas. Takut meraung pula nanti. Alhamdulillah!!!! Satu lagi perkembangan Haziq. Dah besar anak mama ni…dah berani mencuba makanan baru……lepas ni bolehlah mama aplikasikan terapi deria rasa Haziq dengan lebih agresif……Ganbatte!!!! (Pinjam lagi ayat Kak Ju)…..

yummy...