Sentap mama dik!!!!!

Boleh katakan, daripada bulan Mac hingga April lepas, mama dan Super Dad tak nampak serangan Encik s***n menyerang Aiman Haziq. Alhamdulillah, walaupun mama tak tahu apa yang mendorong kepada penurunan serangan tersebut. Kalau ada pun, Haziq cuma seakan menangis akibat kegeraman yang amat tetapi tidaklah hingga menahan nafas hingga kebiru-biruan seluruh muka, jari dan lidah seperti biasanya. Mama boleh menarik nafas lega. TF mama teruskan tak pernah putus.

Minggu ni kami balik ke kampung. Datuk dah rindukan cucu-cucunya. Sampai saja cucu-cucunya, terus dipeluk dan digomol-gomol, diulit-ulit. Mana tidaknya, si abang cucu sulung,memang manja dengan datuknya. Lebih-lebih lagi dapat peluang balik ke Tangkak dulu, memang ‘heaven’ sebab ada ASTRO!!!. Di Segamat atau di rumah sendiri, tak adanya dapat tengok ASTRO sebab mama belum fikirkan kepentingan untuk penyediaan saluran TV berkuali besar itu. Yang ada ni pun selalu jadi bahan gaduh…..

Nak jadikan cerita, cuaca Sabtu lepas agak panas. Bahangnya boleh tahan. Haziq memang kalah sikit dengan panas….susah nak tidur, sekejap ke kiri, sekejap ke kanan, sekejap merengek, sekejap hendak diangkat. Ayah dah keluar ke rumah adiknya.Datuk pula pergi jemputan kahwin. Super abang dan Super kakak mengikut Mak Usunya ke kedai gunting rambut. Tinggallah mama berdua dengan Haziq yang dah mula layu matanya. Mama pula layan cerita Hindustan.

Dalam pada layan Bollywood, mama terlihat Haziq dah mula lelap. Muka dah berpeluh-peluh. Mama biarkan saja. Nak juga ajar rasa bahang, asyik dalam penghawa dingin pun bukannya elok sangat. Lagi pula di kampung mana ada penghawa dingin. Mama tengok Haziq tidur, mama pun mulalah nak layan mata. Inilah peluangnya….anak tidur, mama pun tidur!!!

Baru je mama rasa mama nak lelap, mama terdengar Haziq menjerit. Apa lagi, kelam kabut mama bangun sebab jeritnya lain macam. Mama tengok Haziq dah tahan nafas. Mama cuba sedarkan, tepuk-tepuk pipinya, gagal!!!! Mama iringkan, gagal!!!!Mama usap-usap pipinya ,gagal!!! Biasanya tak ada masalah sangat. Kali ni mesti Haziq macam tersentak sebelum tersedar dan menangis. Mama angkat, gosok-gosok pipinya, tangannya dan kakinya, juga GAGAL!!!! Bila dah begitu, mama hanya mampu berdoa…..mudah-mudahan Haziq sedar. Mama lihat bibirnya dah biru, matanya dah terpejam rapat, jemarinya digenggam erat, tangan dan kakinya dikejangkan dan tak boleh ditarik…lidahnya sudah kebiruan. Mama berdoa dan terus berusaha menggosok-gosok badan Haziq dengan harapan Haziq akan sedar. Agaknya dah penat menahan nafas, Haziq tersedar  dan menghembuskan nafas leganya. Mukanya kembali kemerahan. Apa yang paling mama tak tahan…………di hujung serangan Haziq boleh KETAWA!!!!!!

Dia tak tahu mama dia punyalah sentap!!!! Ketakutan yang ada dalam hati mama dia hanya Allah saja yang tahu. Mama paling takut kalau Haziq kena serangan sampai ke tahap sebegitu sebab mama tak tahu berapa banyak saraf otaknya yang akan cedera dan saraf mana yang akan menerima kesan akibat serangan itu. SENTAP MAMA DIK!!!!!!!!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s