creeper crawler berinti cinta…………..

Deburan deras air dari paip waktu mama membasahkan tubuh dan bunyi radio yang memenuhi ruang bilik yang tidak sebesar mana, melenyapkan suara yang memanggil-manggil nama mama dari luar pagar. Seakan terdengar-dengar seperti nama mama diseru tapi mama fikirkan mungkin jiran sebelah. Apabila mama keluar dari bilik air dan masih terdengar bunyi suara memanggil-manggil…mama yakin memang nama mama yang disebut-sebut.

“Siti Suhaila…..Puan Siti…..oh Puan Siti Suhaila…….Siti Suhaila….” Wah….terasa glamour pula nama dipanggil-panggil. Kali ini memang mama yakin nama mama yang dipanggil. Mama selak langsir bilik dan sah, memang ada seorang lelaki sedang berada di luar pagar rumah memanggil nama mama. Ala-ala memegang gril penjara pulak gamaknya….

“Sekejap ye Encik….kejap aje…..” Kelam kabut mama bersiap dan membuka pintu. “Minta maaf Encik…saya tak dengar, radio kuat dan saya pun dalam bilik air”. Maaf….berkali-kali mama minta maaf sebab membiarkan encik itu kering tekak memanggil nama mama. “Tak apa puan…saya harap ada orang di rumah. Takut juga kalau nak jerit lagi kuat sebab dah pernah kena marah dengan tuan rumah. Mereka ingat saya anggap mereka pekak sebab saya jerit panggil nama mereka,”jelasnya.

“Tak apa Encik..saya yang salah”…dan mama terpandang sesuatu yang dibungkus kemas menggunakan surat khabar. “Wah..sudah sampai rupanya barang yang ditunggu dari Kedah,” mama tersenyum. Setelah menandatangani borang penerimaan item, mama pun teruja membuka barangan tersebut. Mama anggap barang yang mama belikan untuk Haziq ini dapat membantu meningkatkan kualiti hidup Haziq. Mama sentiasa beranggapan setiap item kepunyaan Haziq adalah item yang sarat dengan isi cinta di dalamnya. Ramai yang sanggup menghulur tangan untuk membantu anak-anak syurga. Mama pun sangat berterima kasih kepada sahabat yang hanya dikenali di alam maya, sama-sama memiliki anak syurga, yang sanggup membantu menyiapkan alat ini untuk Super Haziq….Terima kasih Kak Ju dan Abang Mohd Hisham……….

creeper crawler hasil tangan Super Dad Mohd Hisham dari Kedah

Bila Haziq balik dari rumah pengasuh, mama pun letakkan Haziq dalam creeper crawler ni. Punyalah menangis tak ingat!!! Mama terpaksalah keringkan hati. Adjust talinya setakat mana yang perlu, dan perlu di adjust lagi talinya supaya Haziq boleh gunakan untuk belajar menjulur sebelum belajar merangkak. Sekali pandang macam buai moden tapi kena letak dalam keadaan meniarap….

Masa ni tengah menangis tak ingat…

Lepas menangis rehat sekejap, sampai keluar hingus dek kerana rasa tak selesa dengan creeper miliknya……kejap saja ni…

sempat menjeling…marah kena letak atas crawler…….

Mama harap dengan adanya crawler ini akan membantu Super Haziq memaksimakan penggunaan kedua belah kaki dan tangannya kerana Haziq didiagnose spastic quadriplegic, bermasalah pada kedua-dua tangan dan kaki, malah lewat perkembangan secara keseluruhan. Mama mahu diagnosa itu berubah biarpun sedikit dengan usaha mama. Mama masih belum berputus asa untuk terus berusaha. Ganbatte!!!!!!!!

Advertisements

4 thoughts on “creeper crawler berinti cinta…………..

    • assalamualaikum Apis…
      Saya beli daripada seorang sahabat yang juga ada anak seperti Aiman Haziq. Dari Kulim, Kedah datangnya alat ini. Harganya 300 tidak termasuk kos penghantaran. Di luar harganya mencecah ribuan ringgit kalau tak silap. Sahabat saya tu buat sendiri untuk anaknya, kami minta tolong dia buatkan.Apis berminat ke? Cuba add FB saya, Siti Suhaila (gambar saya, suami dan Aiman Haziq berpakaian raya serba biru)..kita boleh sembang dengan pembuatnya juga nanti. Nanti kalau dah add saya, saya akan introduce dalam group kami super mum and super dad angel’s yang memiliki anak-anak seperti anak saya. Lebih banyak info akan diperolehi. Terima kasih singgah di blog ceritahaziq ye…….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s