Incline track sudah sampai…

Jumaat malam tempahan incline track dari Pekan Nenas, Pontian telah selamat sampai di rumah. Kesian pada abang-abang Felda Kurier yang kena angkat incline track yang berat itu, kurus-kurus je orangnya. Kebetulan Super Dad tak ada di rumah, jadi mama pun tak selesa nak benarkan orang masuk rumah. Jadinya, di tempat meletak kenderaanlah incline track tu ditempatkan sementara. Bila Super Dad balik barulah angkat ke dalam.

Merasmikan….

Sabtu dan Ahad kami sekeluarga pulang ke kampung. Jemputan nenek yang mahu anak-anak dan cucu berkumpul. Kami adakan tadarus Al-Quran, alhamdulillah….lengkap 30 juzuk secara berjemaah. Ahad petang kami dah bergerak pulang ke Pasir Gudang. Lagi pula hari ini anak-anak dah mula bersekolah. Mama minta Super Dad pasangkan incline track tapi Super Dad mengadu sakit pinggang. Hmmm…..mama akan pasang sendiri nanti (kata mama dalam hati).

Pagi tadi, mama kotakan apa yang terbuku di hati. Mama pasang sendiri incline track tu walaupun punyalah berat. Gagahkan jugalah….dek kerana mahu Haziq mencubanya cepat. Sakitnya sekarang baru terasa tetapi mama puas. Letakkan Haziq, macam biasalah….menyanyi sahaja sebagai pengenalan kepada ‘teman baru’nya.

menjerit……tak jerit tak best!!!

bagi bertenang sekejap….

cuba lagi….menangis juga….

Setakat ni mama letakkan Haziq baru dua kali…bergerak jugalah tapi macam biasa, kenalah dengar suara Jamal Abdillah yang lemak merdu tu kan……dan mama buat sedikit pengubahsuaian pada ruang tamu. Televisyen mama ubah….ada satu barang besar di ruang tamu pun mama terpaksa alihkan ke dalam bilik. Makin sempitlah bilik tidur utama. Nak buat macam mana…..

Incline track mama terpaksa letakkan di ruang tamu sebab itulah ruang yang paling sesuai. Kalau tetamu datang, kenalah duduk bawah sebab hanya ada satu sofa tiga seat di ruang tamu. Ruang tamu taklah besar sangat. Masuk-masuk je nampak incline track…hihhihi..redha jelah….Barang-barang terapi Haziq mama letakkan di ruang kosong bawah incline track..itupun bola putih tu tak muat….letak je kat hujung incline track tu sementara…..

barang-barang Haziq dah ada tempat nak simpan…..

Mama nak ambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada sahabat mama Pn Julaiha Mohd Amin yang bermurah hati menyumbang sebahagian daripada kos pembelian incline track ini. Mama sangat hargainya.Mama hanya mampu membalas dengan doa agar Ju sekeluarga akan sentiasa dilimpahi rezeki berlimpah ruah, diberkati, sihat selalu dan di bawah lindunganNya selalu…..Semoga Allah membalas kebaikan yang diberi dengan ganjaran yang setimpal. Juga kepada setiap insan yang sentiasa mendoakan Haziq. Terima kasih juga buat Dr Sham yang memberikan cadangan alatan bantuan untuk Haziq. Kepada auntie Soleha yang sudi tempahkan…kepada pembuat incline track yang kemas ini, kepada abang-abang Felda Kurier yang sudi hantarkan hingga ke rumah dan semua yang tidak tertulis namanya di sini.

Kepada baby-baby yang baru nak diajar menjulur, boleh datang ke rumah guna incline track ni ye…..tak ada masalah..tiada bayaran dikenakan..hehe..semoga ianya mendatangkan manfaat buat Haziq dan sesiapa juga yang ingin mencubanya……

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s