Adakah kerana itu?

Aiman Haziq kebelakangan ini kelihatannya lebih segar walaupun batuk-batuk sedikit. Semalam mama perasan sesuatu yang tidak pernah dibuat Aiman Haziq. Sebenarnya dari pagi mama dah perasan tapi mama biarkan dahulu, sengaja mahu melihat perkembangannya. Mama tiarapkan Haziq,mama sapukan sejenis krim di beberapa bahagian tubuhnya sesuai saranan yang diberikan seorang sahabat. Sebelum semalam pun sapu juga, cuma sapu sedikit sebab krim tersebut hanya sedikit diberikan oleh sahabat untuk percubaan, jadi nak pakai banyak-banyak sayang….nak beli boleh tahan juga harganya. Mama pun pakaikan konon-konon hendak jimat…..

Pagi semalam, entah kenapa seakan ada suara yang membisikkan “Pakailah banyak sikit, apa salahnya cuba…”. Mama pun sapulah di lengan, tengkuk, kaki, bahu, belakang pinggang dan di atas dada. Sambil sapu, sambil berborak dengan Haziq tentang harapan mama. Walaupun tahu Haziq tak boleh nak berlawan sembang, mama yakin Haziq faham harapan mama. Biasanya naluri seorang ibu itu jarang yang salah kan sebab ikatan batin yang kuat dengan si anak. Dengar jugalah bunyi-bunyi yang keluar walaupun sepatah perkataan pun tak ada yang terpacul dari mulut comelnya yang macam baby tu kan…..

Tak sampai setengah jam meniarap, mama nampak Haziq angkat kepala. Tinggi!!! Kemudian kepalanya dipalingkan ke kanan dan ke kiri, baru dijatuhkan semula. Alhamdulillah!! Susah sebenarnya nak tengok Haziq angkat kepala setinggi itu, siap boleh toleh kiri dan kanan…..Hati sudah berbunga-bunga….Seperti biasa, mama hantar Haziq ke rumah pengasuh. Bila nak ambilnya petang semalam, pengasuhnya mengadu yang Haziq meragam hari ini. Seolah-olah gelisah, hendak dipegang, menendang-nendang. Ada saja yang tak kena. Kebetulan petang semalam ayah cuti dan ayah yang memandu sementara mama memegang Haziq. Selalu kalau mama ambil Haziq seorang, duduk di atas kerusinya sahajalah…

Seperti biasa mama riba Haziq. Tak selesa agaknya, mulutnya bising, kakinya menendang-nendang, lain daripada kebiasaannya. Sakit badan mama kena tendang dik!!! Mama pun ubah kedudukan Haziq. Badannya mama bawa ke celah kaki dan mukanya menghadap ke depan. Jadi kakinya terjuntai ke bawah. Menendang-nendang lagi!!! Yang paling menyeronokkkan, punggungnya diangkat-angkat . Mama pun cuba dirikan Haziq..Berinjak-injak dia!!!Lenguh tangan mama dibuatnya tapi itu satu perkembangan yang cukup baik!!!!!

Bila sampai ke rumah pula, mama tiarapkan macam biasa, punggungnya diangkat dan kaki cuba ditarik ke hadapan seolah dalam posisi mahu menjulur…sukanya mama!!!! Adakah kesan pemakaian krim itu? Sahabat mama pernah memberikan testimoni salah seorang sahabatnya yang mempunyai anak seperti Haziq mengamalkan pemakaian krim tersebut, alhamdulillah menunjukkan perkembangan sangat memberangskngan apabila anak itu boleh duduk dan lehernya semakin kuat. Jadi mama berbincang dan mengambil keputusan untuk mencuba. Apa saja untuk Haziq….Mudah-mudahan mendatangkan kesan positif juga untuk Haziq….Semua untukmu..Ganbatte!!!!!

6 thoughts on “Adakah kerana itu?

  1. Alhamdulillah, tiada yang tak mungkin dengan izin Allah kan? InsyaAllah, berkat usaha dan doa yang tak pernah jemu, Allah berikan rahmat-Nya..

    krim apa tu? bio ever ka?

    • Alhamdulillah….hahaha pandai Che Kiyah…Su pun tak sangka…kawan yang suggest..sekarang ni dia makin kuat kalau nak muntahkan kahak, kalau tak dulu asyik ke klinik sedut…cuba je, mana tahu serasi dengan Haziq……..

    • Assalam Lyn….saya baru mencuba…..nak tengok dulu perkembangannya macam mana, baru je cuba dalam seminggu gitu….nak suggest nanti takut orang tak puas hati, saya pulak rasa tak sedap hati….kalau perkembanganya semakin positif..bolehlah cuba. Saya try krim Bio-Ever..Haziq tak ada masalah sucking….cuma hypotonia,muscle lembik…

      • ooo kita bru search ..keluaran HAI-O erk…wah hrga bleh tahan…tp klu berbaloi xpekan..t gtau pkambangan tbaru pkai krim tuh erk..mcm berminat jerk

  2. ye Lin…memang berfikir2 juga bila nak beli tapi berfikir untuk mencuba, pejamkan mata jugaklah…demi anak…..saya cuba dulu ye, kalau perkembangannya memuaskan baru berani nak suggest…..kalau untuk kita pun boleh, mama dia pun tumpang dua kaki…hehe

Leave a reply to ct-su Cancel reply