Sesi paling menyeronokkan…

Aiman Haziq yang hebat ni kalau sebut je terapi, dah mulalah keluar bunyi-bunyi yang memberikan signal penolakan. Uh..uh..bunyi mulutnya. Kalau tidakpun,mulalah cuba nak keras-keraskan otot. Paling tak tahan bila dia mula mengeluarkan suara Amy Search dia yang nyaring. Bingit telinga dibuatnya. Alamak…..tiba-tiba Amy Search pulak terbabit..hihi

Akan tetapi, terapi yang satu ini memang menjadi ‘favourite’ Haziq. Bagilah jejak dalam air, sejam pun dia tahan. Silap-silap bila diangkat naik, menangis-nangis dia. Pernah sekali bawa ke Hutan Lipur Gunung Ledang. Air gunung kan sejuk….mula-mula cecah kaki ke air menjerit jugak. Tapi bila dah masuk, dalam lima minit dah boleh ketawa dah….Anak bertuah!!!!

Jadinya, setiap minggu mama akan pastikan Haziq akan melakukan hidroterapi pada hujung minggu, dua kali seminggu. Kalau tiba-tiba pengasuh cuti, dapatlah lebih satu atau dua sesi. Biasanya sesi hidroterapi Haziq dibuat sebelah pagi. Yang dok ulang terapi abang dan kakaknya. Haziq sekali sahaja. Kalau tak ada abang dan kakak seronok sikit sebab mambo giant pool tu hanya untuk Haziq. Bebaslah dia nak berpusing-pusing. Kalau tidak, nak ke sana eh, ada abang…pusing sini, alamak ada si kakak pula. Nak terbalikkan badan pun jadi kurang seronok.

Mama dalam berani-berani takut pernah cuba selamkan kepala Haziq. Kali pertama tercungap-cungap juga dan menangis bagai tak ingat. Minggu lepas cuba lagi dan cuba lagi. Kali ni tercungap juga tapi di hujung cungapan itu Haziq dah boleh ketawa. Dapatlah 1-2 saat sekali selam dan Haziq dah pandai tahan nafas. Bila masukkan badan perlahan-lahan, dia seolah dah tahu nak kena selam. Cuma mama masih belum berani tak mahu pakaikan neckfloat. Mahu lemas anakku…..Lagipun kepala Haziq belum cukup kuat untuk dilepaskan berenang bebas tanpa neckfloat. Lagipun mana mama boleh masuk pool tu untuk pegang Haziq. Silap-silap bocor pool tu, dah kena bocorkan pula poket untuk menggantikanya dengan yang baru. Itupun kalau Super kakak dan Super abangnya masuk,mama dah kecut perut sebab mereka lebih lasak. Selalulah suara tarzan mama ni keluar….

Punya nikmat sampai terlentok….

Agaknya bila dah masuk dalam air dan mula mengayuh, otot kakinya menjadi kuat. Kalau menendang sekarang boleh tahan jugalah sakit kalau terkena. Target mama sekarang mahu Haziq menggerakkan otot tangan yang masih agak lemah……Tak apalah bil air berpuluh ringgit pun sebab Haziq. Duit boleh dicari…..budak hebat dan bertuah ni???? Tak ada galang gantinya!!!!!!! Chaiyok Haziq!!!!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s