Baiknya anak mama………….

Hujung minggu lepas kami berkampung di Keratong, Pahang kerana menghadiri majlis perkahwinan adik sepupu. Anak adik abah yang bongsu. Keluarga itu memang rapat dengan mama sejak kecil. Kebetulan adik beradik lapang, jadi kami berpakat tidur di sana…cuma hati ada sedikit gusar, almaklumlah bila mengenangkan Super Haziq yang mungkin tidak betah dengan tempat baru. Tawakkal sajalah……

Sabtu malam kami sampai. Sempatlah menolong apa yang patut, mengemas dapur, sediakan bahan untuk makan berdamai keesokan harinya…Haziq mama letakkan sahaja di depan televisyen di ruang santai tingkat bawah. Mujur tv tu besar, senang nak tengok dan alhamdulillah, ada penghawa dingin yang sentiasa di ‘on’kan. Senyap saja….Ada juga saudara mara yang dah sampai ketika kami tiba. Ada juga yang jeling menjeling pada Haziq, nak dekat masing-masing tak berani. Mama buat tak nampak sahajalah. Dalam hati punya berdoa supaya Haziq tak meragam.

Jejak jam 10 malam, Haziq dah merengek nak tidur. Mama tumpang bilik adik sepupu, lagi dia merengek. Akhirnya mama keluar dari bilik dan cari ‘port’ baru. Mama lihat di ruang santai tingkat atas ada kosong, tak ada sesiapa yang baring-baring lagi. Kipas pun berputar laju. Aircond juga terpasang. Mahu tak mahu bawa Haziq keluar dan letakkan di depan tv ruang santai atas. Mula-mula nak tidur memang merengek manja, lelap je mata, alhamdulillah sampai ke pagi nyenyaknya. Dapatlah mama sambung tolong-tolong apa yang patut hingga jam menunjukkan angka 2:30 pagi bila mana mata sudah tidak mampu ditongkat.

Dapatlah tidur sebentar, jam 5 sudah celik bila terdengar suara bising-bising adik beradik dan sepupu yang sudah memulakan misi. Mama pun kenalah turut serta. Mama berharap pada ayah sahaja untuk tengok-tengokkan Haziq dan urus apa yang patut. Selesai tolong-tolong, mama berhenti sekejap siapkan Haziq. Mandi, makan dan baring semula. Memang masa tonton tv sahajalah. Baik betul….langsung tak merengek!!!Alhamdulillah……

Bila pengantin pegang pun Haziq kelihatan tenang, setenang hati mama yang melihat situasi Haziq yang begitu menyenangkan….Padahal Haziq sudah mula cam siapa yang pegang dia, kadang-kadang tak mahunya dengan orang lain. Good Boy!!!!!!

Tenang je dengan Pakcik Shukrinya…..

Jarang Haziq nak dengan orang lain. Kena aura pengantin terus senyap….Boleh lagi rileks atas sofa dengan mak usunya, mama dah ke hulu ke hilir memang dah tak layan Haziq dah…….

Selesai bersanding, kami pun bergerak pulang. Terpaksa pulang awal memandangkan mahu pulang ke Pasir Gudang, mahu 5 jam juga perjalanan. Alhamdulillah…..Haziq sangat baik prestasinya hujung minggu lepas. Baiknya anak mama….Keep it up Boy!!!!!!hihihi..

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s