Kita maintain saja dulu…………..

Pagi semalam Haziq ada temujanji kali kedua dengan klinik dental di HSI. Nampaknya sekali lagi mama bersendirian terpaksa bawa Haziq memandangkan ayah ada tugas di dewan yang tidak memungkinkan ayah mendapatkan kebenaran keluar. Tiada masalah bagi mama kerana dah pernah bawa Haziq sendiri cuma apa yang mama risaukan ialah tempat meletak kenderaan yang agak jauh. Kalau temujanji di Jabatan Rehabilitasi, mama boleh letak kenderaan yang dikhususkan untuk ibu bapa yang membawa anak ke tiga jabatan tersebut (fisio, rehab dan jurupulih carakerja). Selain daripada itu, terpaksalah letak kenderaan di parkir awam. Apa yang mama risaukan ialah Haziq akan kepanasan. Cuaca pula agak terik dan lokasi kenderaan jauh daripada bangunan yang hendak dituju.

Kerisauan mama menjadi kenyataan. Haziq yang kepanasan menjerit tak ingat. Orang yang lalu lalang memandang macam tak pernah melihat budak menangis. Haziq kepanasan dalam strollernya. Akhirnya mama terpaksa angkat dan dukung Haziq manakala sebelah tangan menolak stroller. Sudahlah menolak stroller naik bukit, tiada pula yang menghulur tangan membantu melihatkan mama yang berjalan pun sudah tidak berapa nak seimbang. Kita pula dilihatnya dari atas ke bawah….manusia kan………….

Paling menyentak hati mama, sebelum sampai ke bangunan utama dan sebelum Haziq menangis, mama melalui kawasan berbumbung tempat meletak motosikal. Dalam keadaan mama menyorong stroller, ada sebiji motor dengan dua orang pemuda yang terang-terang nampak mama mahu lalu, sengaja meletak motornya di laluan yang mama mahu lalu. Mama fikir bila nampak kita mahu lalu, akan diberikan kita sedikit ruang untuk laluan, silap tekaan mama. Mereka sempat memandang ke arah kami dan terus meletak motorsikal tanpa rasa simpati mahupun rasa bersalah pada Haziq yang dah mula nak merengek waktu itu. Mama terpaksa menjadi super mak, mengangkat stroller Haziq  dan beralih ke laluan lain yang lebih luas untuk laluan. Hmm….masih ada manusia dengan mentaliti yang begitu sempit. Mahu menitik air mata, sebak di hati dah tak perlulah hendak ditebak..sayu….marah, geram, semuanya bercampur baur. Apalah salahnya diberikan sedikit ruang untuk memudahkan mama dan Haziq, ini tidak..ruang yang ada itu disempitkan sehingga tiada langsung ruang untuk kami meneruskan perjalanan.

Mama beristighfar menyabar dan menyejukkan hati. Kena pula bila Haziq menangis, lagilah mama jadi tak tentu arah. Masa itulah terfikir perlunya ayah ada bersama-sama. Cepat-cepat mama meneruskan perjalanan ke kaunter pendaftaran. Orang di kiri kanan memandang kami bagaikan melihat makhluk asing pula. Mama teruskan langkah ke kaunter mengambil nombor. Pegawai di situ pula main ambil sahaja kad tanpa melihat status OKU yang tercatat pada kad dan memberikan nombor seperti biasa. “Kaunter ekspress kan?, mama bertanya”. Barulah pegawai tersebut melihat kembali kad temujanji Haziq dan menghantarnya ke kaunter ekspress. Kalau tidak, lama lagilah perlu menunggu. Mujurlah Haziq yang bijak pandai dan bertuah ni sudah menghentikan tangisan apabila merasakan kedinginan penghawa dingin yang dipasang. Boleh tersenyum dan tertawa pula. Kalau ikutkan hati mama, mahu kucubit-cubit pipinya!!!!Anak bertuah!!!!! Panas menjerit, sejuk boleh sengih-sengih pula dia…..

Tak sampai lima minit, nama Haziq dipanggil dan kami terus ke klinik dental di tingkat dua. Tak lama juga, nama Haziq dipanggil. Apa lagi, menangislah dia bila giginya diperiksa. Pegawai perubatan pergigian memaklumkan gigi Haziq perlu dibuang, yang mana telah rosak melalui pembedahan. Dengar saja pembedahan, mama sudah seram sejuk. Pengalaman masuk bilik bedah walaupun hanya untuk pembedahan jari cukup menakutkan mama. Ini pula mahu bedah gigi Haziq yang banyak……tiba-tiba rasa ada peluh yang mula keluar di dahi.

Tiba-tiba seorang pakar pergigian datang dan memeriksa keadaan gigi Haziq. Katanya buat masa ini gigi Haziq tidak perlu lagi dibuang melalui pembedahan, sebaliknya hanya perlukan ‘maintenance’ yang lebih. Setiap kali lepas makan perlu dibilas dengan air suam atau dibersihkan mulutnya supaya keadaan giginya tidak semakin teruk. Mama kesal kerana tidak memberanikan diri menjaga gigi Haziq sebaik mungkin. Ini kerana mama risau Haziq diserang sawan ketika giginya dibersihkan. Mama tak sanggup melihat Haziq menahan nafas hingga kebiru-biruan setiapkali diserang sawan. Walaubagaimanapun, sejak sawannya kurang, Haziq sudah agak mudah untuk dibersihkan giginya. Walaupun marah dan menangis tidak selesa, sambil mengosok mama akan beritahu mengapa pentingnya gigi yang tinggal itu dijaga. Lega hati mama apabila Haziq tidak perlu menjalani pembedahan buat masa ini. Kalau tiba masanya, mama perlu menyediakan diri untuk sekali lagi menjadi penghuni rumah sakit.

Selesai sahaja urusan, mama terpaksa hantar Haziq ke rumah pengasuh kerana mama ada urusan yang perlu diselesaikan. Merajuk pula nak kena tinggal tapi akhirnya diam sendiri. Nampaknya mama perlu bersiap sedia menghadapi saat-saat Haziq akan kehilangan semua gigi bayinya dengan kaedah lain, bukan secara alami. Mudah-mudahan Haziq akan kuat sebelum sampai detik dan saat itu……….Ganbatte!!!!!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s