Demam nak sambut harijadi agaknya……………..

Pagi tadi sebagaimana biasanya mama hantar Super Haziq ke rumah pengasuh. Keadaannya macam biasa, tak ada tanda-tanda nak demam langsung. Kemudian, mama ke bank menyelesaikan urusan pembayaran kerusi roda Haziq kepada pembekal, Rehab Mobility Equipment Sdn Bhd berjumlah RM3,650. Mujurlah sudah dapat kelulusan pembayaran balik dari Kementerian Pengajian Tinggi. Walaubagaimanapun, nak keluarkan jumlah sebegitu…..TERKESIMA jugak lerr….Alhamdulillah, Allah mudahkan jalan………….

Jam 9.30 pagi mendapat panggilan menyatakan Haziq demam. Sudah….tak ada angin, tak ada petanda tiba-tiba demam lagi….Mujur juga mama sudah ‘standbykan’ ubat demam di rumah pengasuh. Mama minta suhu badannya diperiksa dan ubat diberikan. Badan Haziq perlu dituam supaya suhu badannya turun dengan cepat. Sejak makan TF kalau demam memang tak lama. Mama berdoa agar demam kali ini juga tidak lama.

Sejam kemudian mama hubungi pengasuh lagi kerana telefonnya tidak boleh membuat panggilan keluar. Nampak gaya suhu badan Haziq sudah menurun. Legalah sikit hati ini. Jam 3.00 petang, dapat panggilan daripada nombor yang tak dikenali. Rupa-rupanya daripada pengasuh. Entah nombor siapalah yang dipinjamnya. Suhu badan Haziq mendadak naik 39.5. Mama mula dipagut resah. Mama hubungi ayah dan kami jemput Haziq dari rumah pengasuh.

Tiba di rumah pengasuh, pengasuh meminta maaf berkali-kali. Kain tuaman di dahi Haziq dialihkan dan mama terdiam. Tak tahu hendak kata apa, tak tahu apa perasaan yang melanda.Betul-betul terdiam mama dibuatnya. Mama lihat dahi Haziq berbekas, melecet. Rupa-rupanya terbentur di rak televisyen (bahagian bawah). Katanya Haziq berpusing-pusing, mengangkat kepala dan terbentur di situ. Tiada sepatah kata yang mampu keluar. Nak kata sedih, entah…..nak kata marah….entah…nak kata kesal…entahlah.

Memang sejak dua menjak Haziq dah mula berpusing-pusing, memang pernah pun kakinya terselit bawah rak tv di rumah tapi setakat ni ni tak pernah pula terhantuk di mana-mana….Jadi, mama pujuk hati menyatakan, biasalah budak-budak dah lasak…kalau tak luka-luka tu tak handsome….so, taklah rasa kecik hati ke, terasa hati ke……..

Cuma………dah tak comeylah sikit muka anak bujang ni ha…………

Tidur….bangun….tidur……….bangun….merengek……..ala busyuk mama……….

Minggu depan, 23hb genap usia Haziq empat tahun. Ni demam agaknya sebab nak bertukar tahun. Kalau tak pun sebab nak sambut Ramadhan esok….hai anak mama, minggu depan nak dapat kerusi roda sebagai hadiah hari jadi…takkan dah demam dulu?? Sampai detik ini , ketika jemari mama masih lagi menaip, masih terdengar rengekan Haziq….cepat sihat ye sayang mama….I love you…………

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s