Selamat Hari Lahir sayang…………

Hari ini genap usia Aiman Haziq empat tahun. Sama pula tarikh ulang tahun dengan      Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak. Mujur Haziq sudah boleh tersenyum dan tertawa. Lega hati mama meskipun masih ada kegusaran terhadap tahap kesihatannya. Terima kasih kepada semua sahabat yang mendoakan Haziq. Mama hantar Haziq sebagaimana lazimnya ke rumah pengasuh setelah siap dimandikan. Agak lewat mama hantar kerana kelihatannya Haziq begitu nyenyak tidur, tak tergamak pula hendak mengganggu lenanya.

Semalam, Super Kakak, Amira Sofiyah menunjukkan sesuatu kepada mama. Katanya sempena harijadi Haziq hari ini. Advanced kek….tapi rupa-rupanya kek tanah liat. Walaubagaimanapun, kreatif dan terlihat kasih sayang di dalamnya.

tanda kasih kakak..

Si abang pula memang sayangkan Haziq. Rajin didukungnya walaupun mama kadangkala kecut perut melihat si abang mendukung adiknya yang suka menerajang-nerajangkan kakinya. Mahu tercopot jantung juga kadang-kadang…..Dan hari ini,sambutan harijadi Haziq sangat sederhana. Sebagaimana lazimnya, bila tiba ulang tahun kelahiran ahli keluarga, kek wajib ada. Yang lain-lain tidak begitu penting. Hari ini mama belikan kek kopi tiramisu untuk Haziq. Kalau boleh memang akan mengelak membeli kek berasaskan coklat kerana Super abang  alah dengan coklat, tak kiralah coklat biasa atau coklat putih. Senang saja asthmanya datang bertanya khabar.

Boleh makan ke tidak…boleh ke tidak…boleh..tidak….

Super Abang merenung kek sambil dalam hatinya tertanya-tanya sama ada dapatkah dia merasa kek yang ternyata sangat sedap itu. Tak manis sangat… Setelah dinyatakan lapisan atas itu adalah serbuk kopi, baru terpampang riak lega di wajahnya. Selamat…….bolehlah makan………….

kek harijadi Aiman Haziq

Kek yang sangat ringkas tapi harganya boleh tahan. Mujur ada diskaun 30 peratus….sedap hingga menjilat jari!!! Sayangnya Haziq pula moodnya tak berapa hendak cantik…..

Muka tak berapa nak senyum tapi masih pandang ayah….

Mmmmm sedapnya……

Alhamdulillah, Allah masih memberi kesempatan kepada kami sekeluarga untuk bersama-sama anak syurga ini dan memberikan yang terbaik buatnya. Allah masih memberi ruang dan peluang untuk kami bersamanya. Semoga Allah hadirkan kesembuhan buatnya, diringankan kesakitannya, diberikan kekuatan semangat yang tidak padam dan dapat menikmati kehidupan sebagaimana kanak-kanak seusianya.Aaminn…..

 

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s