Hadiah harijadi….

Buat pertama kali selama empat tahun ini, Haziq menerima hadiah harijadi yang paling mahal, harganya RM3,650. Sehari selepas 23hb (sama pula dengan ulangtahun kelahiran PM kita ye), Haziq bakal menerima kerusi rodanya (semalamlah tu)….Minggu lepas pihak pembekal menghubungi mama memaklumkan kerusi roda Haziq sempat disiapkan dan meminta kami datang semasa sesi temujanji dengan pakar Rehabilitasi di Hospital Sultan Ismail sebagaimana rutin biasa Haziq.

Di pertengahan jalan, ayah bertanyakan cermin mata dan stroller Haziq. Mama pun menepuk dahi. Boleh pula kami terlupa nak angkat sekali stroller yang memang dah diletakkan di ruang tamu. Mahu berpatah balik sudah jauh. Nampaknya sama ada mama atau ayahlah yang akan ‘mengetulkan’ lengan….Cermin mata pula, kami bergurau bahawa Haziq terlupa nak pakai. Boleh gitu????

Sampai di klinik rehab, mama terpandang sebuah kerusi roda bersaiz paling kecil. Mungkin itu bakal menjadi milik Haziq. Mama pun malu-malu bertanya dan sahlah kerusi roda itu bakal bakal kepunyaan Haziq. Tak percaya? Siap ada tag nama lagi…..Haziq dibenarkan terus mencuba kerusi roda tersebut. Huh…..tak sempat nak bina ketul pun……

Ini saya punya (kata Haziq…………..)

Warna hijau tu…..nampaknya Haziq tak merengek langsung! Wah, pelik juga ni.Selalunya meliak meliuk kalau suruh duduk di kerusi, kepala siap lentok-lentok. Kali ni tak ada peluang nak lentokkan kepala. Sudah ada head arm,lengkap dengan meja aktiviti dan memang sesuailah untuk Haziq. Dalam hati pernah juga terdetik, apa orang akan cakap bila nampak Haziq berkerusi roda. Tapi sentiasa cuba mempositifkan hati dan minda. Mama hanya mahu membantu membetulkan postur duduk Haziq dan mengelakkan kepala Haziq yang lembik tu daripada terus terlentok. Lagipun mama risau sebab sudah nampak kecenderungan Haziq untuk mengalami scoliosis.

Lagi pula kasihan juga pada Haziq asyik terbaring saja. Kalau gunakan kerusi yang ada pun,sekejap saja kepalanya dah terlentok. Sudah dibuatkan alas kepala pun terlentok juga. Bila pakar mencadangkan penggunaan kerusi roda, mama setuju asalkan mendatangkan kebaikan untuk Haziq. Biarpun ada sedikit kerenah birokrasi sebelum berjaya mendapatkan kerusi roda ini, alhamdulillah Allah mudahkan jalan kami.

Apabila bertemu pakar dalam sesi temujanji, sedikit pengubahsuaian perlu dibuat kerana pakar tidak berpuas hati dan semuanya diselesaikan pada ketika itu juga. Walau bagaimanapun, doktor sudah lihat perubahan Haziq yang asyik mengangkat punggung. Sekarang sedang memikirkan penggunaan standing frame dengan lebih kerap bagi membantu membetulkan kedudukan kaki yang membengkok dan menguatkan lutut. Mama maklumkan kepada doktor Sharon bahawa mama telah tempah kasut khas di KL dan masih menunggu kasut tersebut. Dr Sharon mahu melihat kasut itu terlebih dahulu kerana kelihatannya AFO Haziq sudah tidak sesuai dan perlu diubah suai kerana Haziq kian meninggi. Sekiranya kasut itu sesuai, besar kemungkinan penggunaan AFO sudah tidak perlu lagi untuk Haziq.

Mama tengah kumpul duit untuk dapatkan sepasang lagi kasut khas yang boleh Haziq pakai sepanjang masa. Kasut yang mama tempah tu sebenarnya hanya untuk merealisasikan harapan mama agar dapat menggantung Haziq…..Jadi kasut sebenar yang mama mahu beli tu perlu dilihat dahulu kesesuaiannya. Harganya pun boleh tahan, sepasang RM800. Tapi yang itu mama tangguhkan dahulu kerana mama mahu dahulukan rawatan akupunture. Mudah-mudahan ada rezeki untuk Haziq kerana mama percaya Allah sudah tentukan rezeki setiap anak….

Selepas kerusi roda diubah dan dicuba sekali lagi serta pakar berpuas hati, maka sahlah kerusi roda itu menjadi hadiah harijadi buat Haziq. Misi-misi di sana semuanya sukakan Haziq. Pipinya dicubit-cubit!! Mama pun selalu rasa seronok bila ke Jabatan Rehabilitasi HSI kerana stafnya sangat peramah dan lembut budi bicaranya. Harap-harap bolehlah Haziq pakai kerusi ni lama sedikit, dan meningkatkan kualiti hidup anak mama yang seorang ni….

Meja ni sesuai untuk latihan sensori…….

Alas kaki tu terpaksa dibuat khusus untuk Haziq yang comel. Sebenarnya ada sepasang foot holder macam kerusi roda biasa yang boleh dikuak kiri dan kanan tu tapi hanya akan digunakan bila Haziq sedikit besar nanti. AFO di kaki tu tak lama lagi selamat jalanlah nampaknya. Harap-harap kalau masih perlu dipakai, pembuatannya akan lebih kemas dan selesa buat Haziq. Almaklum budak-budak,cepat betul meninggi sampai AFO tu jadi kecil kelihatannya…..

Alhamdulillah, Haziq melalui satu lagi fasa dalam hidupnya. Kalau dulu asyik baring, sekarang dah kena belajar duduk. Bukan bermakna bila ada kerusi roda HAziq tak perlu belajar duduk sendiri…Haziq tetap kena duduk sendiri, belajar imbang tubuh, kepala dan gunakan tangan dengan lebih agresif. Kalau Haziq dah boleh duduk sendiri, mama takkan benarkan kerusi roda itu mendapat tempat di mana-mana ruang dalam rumah mama ni!!!!!!Buat masa ini, inilah yang terbaik tetapi usaha tetap terus!!!!!!!!Ganbatte sayang mama!!!!!InsyaAllah, mama tahu Haziq kuat semangat, kita berjuang sama-sama ye sayang…………………..

2 thoughts on “Hadiah harijadi….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s