Kasut baru

Hampir sebulan menunggu, kasut yang ditempah sudah sampai!! Pada pertemuan dengan pakar rehab (Dr Sharon) di HSI minggu sudah sewaktu proses mengambil kerusi roda Haziq, mama ada maklumkan Dr Sharon bahawa mama dalam proses menunggu kasut Haziq. Dr Sharon sebenarnya mahu buat request ke jurupulih cara kerja supaya membuat pengubahsuaian pada AFO Haziq yang rasanya sudah tidak begiitu sesuai. Mama hanya dapat katakan mama akan tunjukkan kasut itu dahulu sebelum keputusan dapat diambil bahawa pemakaian kasut itu adalah sesuai atau sebaliknya. Sekiranya kasut itu dapat mengurangkan ‘stift’ di kedua belah kaki Haziq, besar kemungkinan Haziq tak perlu pakai AFO lagi, cukup dengan kasut yang ada.

Terima kasih kepada Mummy Rizky yang memberikan info tempat di mana sesuai untuk tempah kasut Haziq. Terus sahaja kami tempah semasa ada temujanji di HKL pada Jun lalu. Lepas bayar deposit, kasut dah siap, bank-in baki pembayaran dan kasut diposkan terus ke rumah!! Haziq biasalah, benda baru je mesti ada yang dia tak selesa. Tapi kasut ni, tidak pulak. Tenang aje bila dipakaikan kasut itu. Minggu depan nak bawa bertemu Dr Sharon supaya dia dapat tengok sekejap kesesuaian penggunaannya.

Kasut baru saya…..

Harap-harap Dr Sharon kata kasut ini sesuai, jadi tak perlulah nak kena pakai AFO lagi. Boleh jadikan kasut raya juga ni. Harga boleh tahan, RM170. Mama dia pun tak pakai kasut mahal tau…hihihi….demi Haziq mahal pun mahallah, janji kaki tak bengkok dan bolehlah lepas ni belajar merangkak memandangkan dah mula angkat punggung dan menolak badan ke hadapan sedikit demi sedikit. Mudah-mudahanlah ye Aiman Haziq…..

3 thoughts on “Kasut baru

  1. Assalamu’alaikum n SALAM AIDILFITRI,
    di mana ye boleh tempah kasut ‘special’ tu.Puteri CP kak pun ada masalah ngan kaki stiff.

    • Waalaikumsalam. Kasut tu saya tempah di Jalan Tar KL. No kedai 371, sebaris dengan pizza hut. Kalau join group Super Mum & Super dad’s angel di FB, di dalamnya ada document yang menyenaraikan tempat-tempat untuk mendapatkan alat bantuan sokongan untuk anak-anak CP.

    • Waalaikumsalam…..maaf saya tak perasan comment akak…maaf ye. Kasut tu saya tempah di Jalan TAR tapi tak sesuai sangat untuk Haziq. Better akak dapatkan consultation doktor rehab dulu tentang kasut tu. Di JB ada supplier yang boleh supply kasut tu…akak boleh join group Super Mum’s and Super Dad’s Angel di facebook, banyak info tentang pembekal alat untuk anak-anak CP juga di sana ye…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s