Tiga temujanji………….

Semalam adalah hari yang cukup untuk membuatkan mama berasakan mama gagah perkasa sebab ada perkara yang berlaku tanpa dirancang sehingga membuatkan dua temjanji menjadi tiga. Bukan tiga janji macam dalam slot TV3 tu, bunyi dah akan-akan sama dah…..Temujanji di HSI ada dua, sebelah pagi dental dan jam 11.30 pagi seharusnya di terapi cara kerja. Seperti biasa, memandangkan ada dua lagi anak tipikal yang harus ke sekolah, pembahagian tugas dibahagi sama rata antara mama dan ayah. Ayah akan menguruskan anak-anak tipikal, mama akan menguruskan Aiman Haziq di hospital. Apa yang berbeza dengan temujanji kali ini ialah mama akan menolak Haziq menggunakan kerusi roda, bukan stroller seperti kebiasaannya.

Selepas subuh, mama sudah menyiapkan keperluan Haziq. Nasinya, susunya, pakaiannya,al-maklum setengah hari di hospital kan. Mama juga diberikan latihan amali oleh ayah berkenaan kaedah membuka dan memasang kerusi roda Haziq memandangkan semuanya mama akan lakukan sendiri. Ayah tiada untuk membantu. Setelah diberikan cop ‘lulus’, barulah mama berasa yakin untuk menjalani hari mama semalam.

Jam 8.30 sampai di hospital. Tak sampai sepuluh minit, latihan amali di rumah pagi semalam dipraktikan semula dengan jayanya. Usai mendaftar, mama terus ke tingkat dua untuk temujanji dengan klinik gigi. Pemeriksaan gigi Haziq yang dah tak lawa sangat tu..hehe. Alhamdulillah, doktor menyatakan proses membuang semua gigi Haziq buat masa ini masih tidak perlu. Apa yang perlu hanyalah mama meneruskan konsistensi untuk penjagaan kebersihan gigi Haziq. Sekejap sahaja pertemuan di klinik gigi. Jam menunjukkan 9.15 pagi, masih ada dua jam untuk temujanji berikutnya.

Mama singgah di klinik Rehabilitasi, kononnya kalau ada rezeki bertemu doktor Sharon, mahu menunjukkan kasut yang mama tempah untuk Haziq. Rezeki Haiq, doktor Sharon ada dan sempat melihat pemakaian kasut Haziq. Dah alang-alang sampai, Dr Sharon terus mencadangkan mama untuk melakukan x-tray untuk Haziq bagi melihat keadaan tulang belakang dan tulang pinggulnya. Sepatutnya proses ini hanya akan berlaku pada temujanji akan datang, tetapi memandangkan mama masih ada dua jam, Dr Sharon terus membuat tempahan untuk x-tray. Tiba-tiba ada temujanji adhoc di klinik Rehab..bagus juga….

Hasilnya, posisi tulang belakang Haziq sedikit membengkok dan tulang pinggul yang sedikit terkeluar. Dr menjelaskan bahawa bagi anak-anak CP memang akan ada kecenderungan untuk keadaan ini berlaku dan mama perlu meneruskan latihan duduk serta membetulkan posisi duduk Haziq supaya keadaan ini tidak menjadi kian rumit. Dr Sharon bertemu dengan jurupulih cara kerja dan memaklumkan keperluan pemakaian ‘knee extension’ untuk Haziq. AFOnya juga perlu ditukar memandangkan Haziq semakin meninggi dan AFO itu kelihatan kecil untuk sepasang kakinya. Kasut yang dibeli masih boleh dipakai, sesekali. Bolehlah dijadikan kasut untuk berhari raya. Tidaklah orang memandang pelik. Sorong Haziq dalam kerusi roda, lengkap dengan cermin matanya saja sudah membuatkan orang memandang dua-tiga kali, inikan pula kalau pakai kasutnya yang cantik tu kan…..Siap ada yang berkata..”eh, pakai cermin mata dah ye..” (macamlah mama tak dengar walaupun cakap perlahan, telinga mama ni telinga bionik tau)…..

Bila bertemu jurupulih cara kerja, sesi terapi hari semalam digantikan dengan sesi pembuatan AF baru untuk Haziq. Mujur Haziq memberikan kerjasama walaupun pada mulanya menangis sampai berjrai air mata jugalah. Entah apalah yang disedihkannya pun mama tak tahu. Tahu-tahu menangis berjurai air mata. Duhai anak…andainya mama tahu apa yang ada di hatimu……Inilah hasil temujanji ketiga semalam…..

AFO dan knee extension baru…

Maksudnya, setiap malam Haziq perlu pakai dua jenis AFO sewaktu tidur. Kalau siang cukup sekadar AFO kaki sebab kalau pakai dua-dua, nanti nak meniarap susah, nak angkat punggung susah. Itupun bila tersedar daripada tidur semalam, punyalah menjerit dan menjemput encik ‘s’nya bertandang. Cepat-cepat mama bukakan. Bila dah betul-betul nyenyak baru mama pakaikan semula. Harap-harap nanti Haziq bangun dia tak menjerit. Mana tidaknya, bila nak angkat kaki, kedua-dua kaki ternaik, kejung aje…hihihi….

Untuk kamu sayang, mama akan cuba lakukan yang terbaik walaupun mama sentiasa rasa apa yang mama lakukan itu tak pernah cukup untuk kamu. Mama sentiasa berdoa diberikan kesihatan, kekuatan dan ketabahan untuk memberikan yang terbaik untukmu……………..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s