Pertemuan Super Mum’s and Super Dad’s Zon Selatan

Salam pertemuan. Sudah lama blog Haziq ni tidak berjengah.Sawang pun dah mula menjalar, jadi sebelum jadi sawang yang cantik, baik mama kemaskini (hehe). Hari ni ingin berkongsi cerita mengenai pertemuan SMSDA Zon Selatan yang bertempat di rumah kami. Ianya dirancang sewaktu bulan puasa lalu. Zon Utara dah buat, Zon Selatan baru usai berlangsung, kena tunggu Zon Tengah pula. InsyaAllah ada rezeki kami sampai.

Seawal jam 8.00 pagi mama sudah masuk ke dapur. Masak kari ayam dulu sebab Super Dad mahu ‘menjala’. Jadi di situ terletakkan gabungan kasih sayang tuan rumah(hihihi)…Super Dad menjala roti, Super Mum buat kuahnya…Bila digabungkan, maka terhasillah resepi roti jala berkuah kari……..hikhikhik….Kebetulan pula Kak Ngah dari Batu Pahat pun mahu datang, jadi kelam kelibutlah sedikit, nak masak untuk mereka lagi…dengan dapur yang kecil..masuk dua orang yang ‘sedap’, dah sendat…….

Alhamdulillah semuanya berjalan sebagaimana dirancang. Jam 2.00 petang, roti jala dan spagheti berjaya dihidangkan. Kemudian team pertama, En Benz dan Cheryl sampai membawa ayam Marrybrown dan PHD (Pizza Hut Delivery). Rezeki  tetamu yang datang…..Mereka sampai dulu sebab yang Muslim agak lewat memandangkan hari Jumaat, kenalah tunaikan apa yang patut bagi Super Dad kan….Bersembanglah kami…..Macam-macam yang dikongsikan cuma yelah, mama ni dah sibuk-sibuk bersembang, lupa nak ambil gambar. Bila diingatkan oleh Benz, barulah dok tersengih nak ambil……

Super Dad suapkan angelnya makan…sabar betul Benz bagi anak makan….

Budak manja…..

Kalaulah boleh berlama-lama mesti banyak benda boleh sembang tapi yelah, budak-budak ni ada masanya mereka cepat penat, jadi tak banyaklah cerita….Apa yang penting, semua super parent sempat berjumpa….

Anak-anak syurga…..

Ada beberapa keping gambar lagi, tak dapat hendak dipostkan semuanya memandangkan wordpress ni tak boleh nak drag banyak-banyak gambar, kena tunggu satu…satu, tak larat, jadi kalau nak tengok gambar lain silalah ke group ye supermum semua…….Mujur juga semalam Haziq memberikan kerjasama  yang sangat baik. Anak mama ni memang mudah, cukup masa haus, minum, lapar..bagi makan, time mandi kena mandikan, insyaAllah tak meragam. Dia pun macam tahu ramai kawan-kawan yang datang, jadi langsung tak meragam,alhamdulillah….

Mudah-mudahan ukhwah yang terbina akan berkekalan. Biarpun berbeza agama dan budaya, kami mampu duduk sebumbung dan hidup harmoni. Ada juga keluarga yang tak dapat hadir kerana komitmen dan kekangan masing-masing. Rindukan Puteri Nur Iman Qasrina yang masih di hospital, cepat sembuh ye sayang…kalau tak pasti kita boleh bersama-sama semalam…….Tak ada rezeki hendak bertemu Aiman Si Hebat CP yang dalam perjalanan ke Singapura untuk satu lagi sesi rawatan. InsyaAllah ada rezeki kita akan jumpa juga……

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s