Mahu ke sini……

Entah mengapa dua tiga hari ni fikiran mama asyik teringatkan tempat yang satu ini. Membuak-buak rasa ingin menjejak kaki si sini membawa Aiman Haziq. Perasaan itu datang dan terus datang sehinggakan ada kalanya mama tak perasan yang mama asyik menyuarakan rasa hati berkali-kali dalam sehari. Pagi semalam, selepas ayah menuju ke ofis, mama dapat panggilan. “Eh, kenapa pula ayah telefon semula?”. Rupa-rupanya ayah membawa khabar gembira. Ayah mencadangkan kami untuk membuat pendaftaran menunaikan haji. Alhamdulillah!!!!!! Itulah yang mama tunggu selama ini. Hati mama berbunga riang. Kami buat pendaftaran hanya untuk kami berdua memandangkan super kid yang lain masih kecil. Kami berkira-kira untuk membawa kesemua anak-anak melakukan umrah dan ziarah sekiranya ada rezeki. Rasa berdebar-debar, suka, takut, semuanya bercampur aduk menjadi satu. Meskipun hanya membuat pendaftaran, mama rasa sangat gembira kerana sudah memasang niat untuk ke sana….

Setiap kali memandang Kaabah, hati dipagut sayu. Entah bila akan  sampai ke sana. Hati berputik rindu yang sukar diungkap dengan kata-kata. Teringin benar untuk terpilih menjadi tetamuNya sementara masih muda dan punya kudrat. Seandainya Allah menetapkan takdir kami untuk sampai ke sana, mudah-mudahan ketika itu Amira Sofiyah dan Amirul Rahimi sudah boleh diharap untuk menjaga Aiman Haziq sepanjang ketiadaan kami tetapi belum tentu lagi entah bila. Mudah-mudahan Allah bukakan pintu rezeki seluasnya untuk kami agar dapat sampai ke sana. Kenalah kumpul duit untuk menunaikan hasrat membawa anak-anak ke bumi An’biya’…..

Allahuakbar!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s