Dari Pasir Gudang ke Batu Pahat

Melalui Super Mum’s and Super Dad’s Angel Group….terlalu banyak info dan perkongsian yang mama perolehi untuk Aiman Haziq. Cerita dari mulut ke mulut, dari jari ke mata membuatkan mama mengambil keputusan untuk mencuba satu lagi kaedah rawatan untuk Aiman Haziq. Sepatutnya waktu ini mama dan Aiman Haziq sudah berada di Kajang untuk rawatan akupuncture secara intensif selama sebulan di sana. Bukan jodoh kami untuk bertemu doktor dari Hospital Erkang, Beijing itu kali ini. Keadaan Puteri Nur Iman Qasrina yang baru sahaja pulih dan keluar dari wad membantutkan hasrat kami untuk ke sana. Ibu bapa Iman juga tidak mahu merisikokan kesihatan Iman yang baru pulih. Apa kaitan Iman dan Aiman Haziq? Kami sebenarnya dua keluarga yang merancang untuk menjalani rawatan itu bersama-sama.

Jadi, kami mengambil keputusan untuk mencuba rawatan acccuteraphy di Batu Pahat. Rawatan tiga dalam satu iaitu rawatan terapi elektrik, akupunture dan fisioterapi. Haziq memulakan rawatan Sabtu lepas. Untuk sesi pengenalan, hanya sedikit terapi elektrik diberikan. Haziq kelihatan tenang semasa sesi rawatan pertama yang mengambil masa 40 minit. Berkejar-kejar jugalah, selepas sesi, pulang ke Segamat kerana keesokannya ada majlis perkahwinan adik sepupu. Kemudian bergegas ke Tangkak kerana meraikan majlis rumah terbuka hari raya adik ipar pula. Beraya di Johor, hingga habis raya pun masih ‘gagat’ rumah terbuka. Hari isnin, kami menyambung rawatan di Batu Pahat sebelum pulang ke Pasir Gudang.

Rawatan terapi elektrik sedang dijalankan

Kali pertama haziq tenang, kali kedua, jumlah cas tenaga elektrik yang diberikan ditambah. Tersentak-sentak tubuhnya tapi mujur Haziq tak menangis. Mula-mula boleh ketawa. Tak tahulah apa yang dirasakannya sama ada sakit, geli atau entah apalah. Hanya Haziq yang tahu bagaimana rasanya. Kali ini rawatan selama sejam. Mama yang menyentuh Haziq pun boleh rasa tersentak-sentak, inikan pula Haziq yang terbaring atas kerusi malas itu…

En Ismail sedang melakukan rawatan

Inilah Encik Ismail yang suka bergurau…..boleh jadi DJ juga…..

DJ memanggil pesakit mengikut giliran….

Harap-harap Haziq akan terus kuat kerana semakin bertambah hari rawatan, jumlah tenaga yang dibekalkan ke tubuh Haziq akan ditambah untuk memberi mesej kepada otak supaya otak dapat bertindak balas dan memberikan respon dengan baik. En Ismail ini sangat merendah diri dan memberikan semangat untuk pesakit yang datang. Saya pasti apa yang dilakukan adalah dengan niat baktinya kepada masyarakat. Cuma bergantung kepada kita sama ada rajin atau tidak meneruskan rawatan yang diberikan. Walaupun terpaksa berulang alik dari Pasir Gudang-Batu Pahat pada sebelah malam, bergelut dengan anak-anak yang keletihan kerana bersekolah keesokan paginya, mama cuba membuatkan dua lagi anak tipikal yang ada untuk cuba memahami keadaan Haziq. Berkorban sedikit untuk kesihatan adik mereka. Nampaknya mereka juga belajar memahami. Apalah sangat yang difahami oleh budak berusia 7-8 tahun tetapi alhamdulillah, anak-anak ini faham bahawa adik mereka memerlukan terapi dan perhatian yang lebih berbanding mereka.

Mama bukanlah bertulang besi dan berurat dawai. Mama akui mama tidak sekuat mana tetapi bila mama memulakan sesuatu yang mama yakin dapat memberikan walaupun sedikit cahaya buat Aiman Haziq, insyaAllah mama tidak akan berhenti mencuba. Mama sentiasa berdoa diberikan kesihatan supaya dapat memberikan yang terbaik untuk Aiman Haziq…Buat satu-satu asal menjadi. Mama tak mahu pergi ke sana, pergi ke sini, cuba itu ini bercampur-campur tetapi akhirnya mama keletihan dan tinggalkan semuanya……Mama mahu konsentrasi, fokus supaya mama tidak kehilangan tenaga. Kalau mama dah hilang tenaga, siapa yang mama boleh harapkan? Ayah? Ayah juga pasti lelah membantu mama menguruskan anak-anak tipikal yang sedang membesar. Ayah pun dah cukup lelah sekarang menjadi pemandu, jadi kami kena kuat dan sihat supaya boleh terus memberikan yang terbaik untuk amanah yang satu ini…

Pinjam lagi kata-kata semangat Kak Ju…Ganbatte!!!!!!!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s