Anakku bukan Alienlah!!!!

Assalamualaikum…

Hari ni mama nak berkongsi tentang apa yang mama rasa bila bawa Super Haziq keluar berjalan-jalan. Hujung minggu kalau tak ada apa-apa aktiviti, kami akan bawa anak-anak ke Tesco. Bolehlah anak-anak main dan kami makan-makan di food court. Mujurlah tak bawak Haziq guna kerusi roda sebab rancangnya pergi tak lama. Kalau pakai kerusi roda, nak bukak ‘compartment” dia pun dah satu hal. Jadi kami hanya menggunakan stroller sahaja. Naik sahaja kereta, Haziq sudah merengek. Susu disuakan, senyap…..

Sampai di Tesco, food court menjadi destinasi pertama. Si abang dengan roti telurnya, si kakak dengan chicken chop yang tak pernah habis kalau makan, ayah dengan mee goreng pedas sampai mama tak boleh nak ‘pau’ sikit dan mama dengan beef steak. Di sebelah meja kami ada sebuah keluarga. Si emak dalam lingkungan 40an sedang memangku anak kecil bersama suami dan anak-anaknya. Tak tahulah anak ke cucu yang dipangku. Sambil-sambil memangku, matanya melirik ke Haziq. Macamlah mama tak perasan kan…Mama saja buat tak nampak…….Sambil-sambil kami makan, mama usap-usap kepala Haziq yang kadang-kadang merengek. Biasalah….budak istimewa macam Haziq mana tahu diam mulutnya, ada je bunyi….kita dah biasa, sembang-sembanglah dengan Haziq macamlah Haziq tu faham kan..hehe

Makcik kat sebelah tu pandang aje…lepas tu bisik-bisik dengan husband dia. Bila kita pandang, boleh pulak dia buat-buat tak tahu. Dalam hati, “Makcik kalau berkenan tengok anak saya, tegur jelah…” Ini tidak, tengok, bisik, bisik, tengok. Ingat anak saya alien ke? Pandang macam pelik sangat, macam tak pernah lihat budak-budak sebegini. Itu dalam stroller, kalau kerusi roda? Terbeliak agaknya matanya dan kuat pula agaknya bisikan….Bukan apa, memanglah kita ni dah tak heran dengan cara pandangan orang, pandang sekali dua dahlah…..Ini sampai pandang berkali-kali. Entah apa yang dipelikkan pun mama tak faham. Pelik betullah!!!!

Bila dah kenyang, kami masuk ke dalam pasaraya Tesco. Haziq bising lagi, rupa-rupanya mahu didukung!! Dah didukung, asyik ketawa sampai boleh terdengar bisik-bisik pekerja Tesco di belakang kami yang kata “Eh, dia ketawalah”. Yang tu mama tak kisah memang saraf ketawa Haziq berfungsi dengan amat baik. Kadang-kadang apa yang digelakkan pun mama tak faham. Tak faham betullah!!! Mata-mata lain yang memandang mungkin tak berapa perasan bahawa Haziq ni anak istimewa tapi ada jugalah yang terjenguk-jenguk,dah jalan ke depan pun siap terteleng-teleng kepala macam kepala angsa dok nak tengok Haziq yang kadang-kadang keraskan badan atau menangis. Sekali lagi…anakku alien ke sampai orang tengok pelik sangat?

Manusia ni kadang-kadang sifatnya sukar ditafsir. Tak tahu juga apa yang bermain dalam fikiran mereka. Mungkin mereka simpati, mungkin mereka mengejek, mungkin mereka empati, tak tahu mana satu yang ada dalam hati dan fikiran mereka. Bersangka baik jelah di penghujungnya…..Tapi kalaulah ada ihsan di hati, tak perlulah memandang anak-anak ini dengan pandangan yang pelik. Mereka bukan manusia yang pelik atau menghairankan, mereka manusia biasa dengan keterbatasan dan kelaianan yang tidak dimiliki oleh orang lain. Terimalah mereka seadanya…

Rupa-rupanya cerita makcik sebelah tu super Dad pun perasan. Dalam perjalanan balik kami bercerita tentang cara makcik tu memandang Haziq. Apalah salahnya datang bertanya khabar, tanya anak sakit ke, senyum ke…ini tidak walhal jarak antara kami hanyalah sekadar 2 kaki, laluan yang memisahkan kami. Kami akan rasa lebih berbesar hati sekiranya ada sapaan sebegitu kalau dibandingkan dengan kerlingan berkali-kali. Secara tak sedar mungkin hati kami terluka. Secara tak sedar mungkin kami terasa walaupun kami sudah terbiasa. Bukanlah kami mengharap banyak, apalah kiranya sudilah insan-insan di luar sana memandang kami dengan kasih, bukan dengan wajah seperti ternampak makhluk asing yang turun ke bumi……(macamlah pernah jumpa makhluk asing kan???hehehe)….

Sudah…tak pasal-pasal apa yang mama rasa dah jadi satu entri. Mudah-mudahan lepas ni tak adalah orang memandang Haziq dengan pandangan sebegitu. Biarkan kami hidup sama macam kalian walaupun tak akan sama cara kehidupan kita. Kami hanya pohonkan pengertian……………………………………………

2 thoughts on “Anakku bukan Alienlah!!!!

  1. ha btl2 tu mama haziq. klu la simpati , ihsan dtg la btanya kita bkn nk marah pun kan. ini tidak suka beno jeling, bisik2 kan…mcm darwisy skrg BERrestube lg la org pndang, kdg ada waktu kna bg susu lg la…geram gak. manusia ni xleh tgk pelik skit kan. cmna la klu alien trun bumi kan ehehheh

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s