Rezeki Haziq…..

Hari ni mama tak hantar Haziq ke rumah pengasuh kerana pengasuhnya tak sihat. Mama pun belum berapa nak sihat, tangan mama kedua-dua belah ni masa terasa berat. Semenjak dua menjak Haziq menjalani terapi di Batu Pahat, pola tidur Haziq sedikit berubah. Kalau dulu, pagi kita bangun, pagi jugalah dia celik mata. Sekarang dah pandai bangun lambat….pernah sekali tu hampir pukul 11 baru nak bangun…Pagi tadi meragamlah sekejap sebab tidurnya terganggu. Pukul 8.45 mama kejut sebab nak jemput kakak dan abang dari sekolah agama dan dihantar ke rumah pengasuh lagi seorang. Pengasuh ini dulu pernah menjaga Haziq selama tiga tahun. Sempatlah singgah bagi Haziq bermanja dengan Ibu Aisyah sambil disuakan susu. Seakan tak mahu balik, yelah…tiga tahun di bawah jagaan ibu. Masuk je rumah ibu mesti tenang…………

Sejam setengah juga kami di sana. Ibunya seperti biasa seakan tak mahu melepaskan Haziq bila mama minta diri. Kasihan ibu tak dapat buat apa kerja pun kalau Haziq ada nanti. Kakak nak mengaji pun ibu tak dapat nak fokus. Jadi mama terpaksa minta diri. Lagipun mama masih belum masak nasi Haziq lagi.

Mama bawa Haziq singgah di mini market berdekatan dengan rumah. Walaupun tangan masih sakit, mama dukung Haziq. Takkan nak tinggal dalam kereta. Tak berani mama. Tak condifent!!!!Eh, tak confident!!! Lagi-lagi bila teringat macam-macam cerita anak maut tertinggal dalam keretalah….takpelah tangan sakit, janji mama tahu anak mama selamat. Haziq dah semakin memanjang dan boleh tahan jugalah badannya tu, bolehlah bina ketui tangan mama ni……..Dukung, ambil barang dan terus ke kaunter.

Mama perasan ada hamba Allah ni pandang je Haziq dan senyum. Rupanya dia pun beli barang dan beratur belakang mama. “Berapa bulan ni kak?”, tanyanya. “Empat tahun,” sambil mama lihat wajahnya yang agak terkejut. “Baru-baru nak belajar kuatkan kepala,” mama sambung tanpa ditanya. “Habis tu kalau makan, akak tahulah macam mana ye?,” tanyanya lagi. “Senang saja, dia ni merengek je kalau haus dan lapar, jadi dah tau dah,” mama senyum lagi melihat hamba Allah ni seakan ada lagi soalan nak ditanya.

Tiba-tiba dia buka wallet dia dan selitkan beberapa keping not di tangan Haziq. Sayangnya tangan Haziq tak berapa kuat menggenggam, lantas diletakkan not tersebut di antara badan Haziq dan mama. “Ya Allah, Haziq dapat duit ye nak,terima kasih”, hanya itu yang terluah oleh mama. Kakak di kaunter tu hanya senyum saja. Selesai membuat bayaran, mama terus menuju ke kereta. Mama nampak kelibat hamba Allah tu, naik kereta BMW!!! Mama tak terkata apa. Inilah kali pertama Haziq menerima not ringgit di tempat awam dari insan yang tidak dikenali. Memang mama tak terkata apa, hanya terima kasih saja yang terkeluar dari bibir mama.

Walau siapa pun beliau, dari mana dan di mana beliau tinggal, mama doakan agar Allah sentiasa murahkan rezekinya dan kurniakan kepadanya rezeki yang barokah. Kalau beliau sudah berkeluarga, mama doakan beliau akan beroleh kesejahteraan dan kebahagiaan yang berkekalan di atas sifat pemurahnya. Memang benarlah, rezeki untuk anak-anak syurga ini tak pernah putus…..

4 thoughts on “Rezeki Haziq…..

  1. Salam kak..saya juga ada ank istimewa kerana serangan meningitis semasa 2bln..jadi ad effect pada kaki tgn telinga mata.perkembangan pun lmbt.skrg dh 5bln..tp masih baring saje.

    Ada terbaca entry akk dptkn terapi dkt batu pahat..boleh share x..sy xsmpt nk bc satu2 entry akak..

    Slm pelok ciom utk haziq ye..

    • salam sis masita.
      Ampunnnnnn…baru buka laman cerita haziq selepas terlalu lama tak update.
      Terapi di batu pahat tu di PArit Khamis.
      Ismail Accuteraphy Centre.
      Cubalah….
      kalau nak share cerita..boleh add fb akak Siti Suhaila Samian ye Sis…
      blog tahun 2015 baru nak update..huhuhu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s