bertukar tangan….

Kini milik orang lain…..

Masih ingat kerusi ini? Alamak boleh pula blur gambar ni. Kerusi yang mama belikan untuk Haziq di kedai jualan barang terpakai di GIANT Plentong. Masa tu mama seronok sungguh sebab dapat kerusi yang murah dan rasanya sangat sesuai untuk Haziq. Boleh letak barang-barang dan Haziq boleh rangsang sensori, senang nak tengok tv dan taklah asyik baring sahaja.

Namun, semua itu kini sudah tinggal kenangan sejak Haziq memiliki kerusi roda sendiri yang lebih sesuai untuk tulang belakang Haziq yang sudah cenderung membengkok. Kerusi roda itu juga punya meja aktiviti dan lebih selesa. Seminggu je beli benda ni, mama dapat kerusi roda. Mula-mula tu rasa alahai…baru je beli, dah dapat kerusi roda tapi bila fikirkan kerusi ni bakal memberikan khidmat dan kualiti hidup yang mungkin lebih baik untuk anak-anak lain yang senasib dengan Haziq, mama buangkan jauh-jauh sedikt rasa kesal yang mencuit-cuit…syuh…syuh……..macam cerita “You Saka Pergi Jauh-jauhlah pulak kan….”

Rezeki seorang anak sahabat untuk memiliki kerusi ini. Rezeki Puteri Nur Iman Qasrina atau Baby Q untuk meneruskan legasi khidmat kerusi ini. Mudah-mudahan Iman akan selesa dengan kerusi barunya……Biarlah kerusi ini bertukar tangan asalkan jasanya dan khidmatnya tidak berubah…..

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s