Dalam hati ada taman…………….

Syukur alhamdulillah!!!! Syukur padaMu Ya Allah yang memberiku peluang untuk mendengar perkataan pertama daripada anak syurga yang Kau pinjamkan kepadaku…..aku amat bahagia!!!! Seakan penuh dengan taman bunga berwarna warna menguasai jiwaku. Sebegitu bahagianya aku dengan perkembangan Aiman Haziq yang hebat!!!

Ketika itu mama sedang khusyuk menghadap muka laptop menggagahkan diri untuk menghadap jurnal-jurnal yang menyebabkan mahu naik mual dibuatnya. Tetap juga dicekalkan hati dek kerana perjuangan yang harus diteruskan. Ada kalanya terasa seakan tak sanggup mahu meneruskannya namun demimu Haziq, mama yakin akan ada sesuatu yang baik untuk kita di penghujung perjuangan mama,InsyaAllah….Pada ketika itu, mama terdengar rengekan Haziq yang berada di atas riba ayah. Dari dalam bilik tempat mama bekerja, mama masih boleh melihat kalian dengan jelas. Waktu itu jam menunjukkan melepasi pukul 9 malam dan ayah sedang fokus dengan perlawanan bola antara Selangor menentang Kelantan.

Haziq merengek lagi. Mama dah dapat agak Haziq haus sebab dah waktunya Haziq tidur……Tiba-tiba…..’Mma………mma…..”. Sayang, dengar tak?”. Waktu itu hanya Allah yang tahu betapa air mata seorang mama ini mahu mengalir. Mama terus bangkit dan menyiapkan susu dan duduk di sebelah ayah. Konon-konon mahu minta tolong ayah suakan susu tapi biasalah, dengar suara mama, diketapnya mulut yang cumil itu. Akhirnya mama dukung dan seakan mengerti, cukup mudah Haziq membuka mulut dan menghabiskan 7 auns susu. Mama dan ayah hanya tertawa melihat kecerdikan Haziq…

Senyap selepas kekenyangan…’Erk…..erk…..” Kalau kehausan menangis memang tak tahan telinga mendengarnya tetapi bila kekenyangan, dok sengih dan ketawa lagi tak tahan kita yang melihatnya….autalah ini budak…….Seperti biasa, usapan di kepala Haziq adalah perkara yang sentiasa mama lakukan, tambahan pula HAziq memang cukup suka kalau kepalanya diusap. Mama bahagia kali kedua!!!!!! Tatkala Haziq memandang tepat ke mata mama!!!!!!!!!! Ketika ini air mata sudah menitik. Seolah memahami setiap butiran kata-kata mama, Haziq merenung mama agak lama dan Ya Allah……Aku rindu tatapan matanya!!!!!!!!Aku rindu!!!!!!!!

Akhirnya Haziq mengalihkan pandangan setelah hampir dua minit merenung tepat ke wajah mama. Speechless…….Syukur Ya Allah!!!!!!!!!!!!!!!!!! Biarpun sedikit perkembangannya, namun itu sudah cukup memekarkan bunga-bunga di hati mama duhai anak…….Teruslah berkembang wahai anak…..teruslah menjadi kekuatan dan punca semangat untuk mama dan ayah ye sayang……………Mama sayang kamu ketat-ketat!!!!!!

semekar bunga ini bahagia di hati mama sayang……..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s