Rabun dekat rupanya anakku…………..

Assalamualaikum..

Sebenarnya waktu mama menulis entri ni, kita baru je sampai dari HKL. Baru sejam, mama terus buka laptop dan coretkan apa yang kita lalui hari ini. Pada mama, ada orang lain yang lebih hebat dalam menguruskan anak-anak seperti Haziq. Cuba tengok Kak Ju, mama Aiman Si Hebat CP, kalau mamalah, mama rasa memang mama belum sesuper mereka. Setakat ke HKL balik hari tu biasalah tapi tetap letih jugak….

Jam 1 pagi kami dah bertolak ke HKL. Sebelum tu mama memang tak rehat, pulun dok menyiapkan penulisan yang masih belum siap. Kesian Super Dad yang memandu. Biasanya kalau perjalanan ke HKL malam, dalam 4 jam dah sampai. Kali ni mama memang tak berfungsi langsung. Agaknya sebab mama tak rehat. Jadi perjalanan drag hingga beberapa jam. Ayah sempat berhenti di Pagoh sebelum berhenti di Seremban untuk menunaikan solat Subuh. Kami masuk KL awal hari ini sebab takut jalan sesak. Jam 6.45 pagi kami dah sampai. Haziq pulak boleh menjerit di Jabatan Oftal, banyaklah mata yang memandang….Ada jugalah yang bertanya, “Mana ayahnya”, bila melihat hanya mama cuba menenangkan Haziq yang menangis tak hengat!!!! “Ayah dia pergi cari parking”, jawab mama. HKL, biasalah…parking payah yang amat….

Jam 7 pagi kami dah tercongok di kaunter Jabatan Oftalmologi untuk pemeriksaan mata Haziq. Rezeki kami, dapat giliran ke empat. Terus masuk ke bilik 14 untuk pemeriksaan optometrist sebelum bertemu pakar mata kanak-kanak, Dr Sunder. Alhamdulillah, doktor kata banyak perkembangannya cuma power mata sebelah kiri Haziq sedikit meningkat. Stimulasi perlu diteruskan, kata doktor. Kali ni mama teragak hendak bertanya jenis rabun mata Haziq. Dulu, bila doktor kata Haziq rabun, entah kenapa mama tak terdetik nak tanya rabun dekat atau rabun jauh. Apa yang mama tahu, Haziq rabun dan rabun silau. Alhamdulillah, Allah jentikkan hati mama untuk bertanyakan kondisi Haziq. Rupa-rupanya Haziq mengalami rabun dekat. Biasanya kan orang tua-tua yang biasa ada rabun dekat tapi bagi kanak-kanak istimewa macam Haziq, kemungkinan itu sentiasa ada.

Patutlah kalau tengok benda yang dekat, dia macam tak berminat tapi kalau kita lalu di tepi dalam jarak yang agak jauh, matanya pasti menjeling. Bila rabun dekat, fokus untuk objek yang jauh akan lebih jelas berbanding objek yang hampir, jadi penggunaan cermin matanya perlu di’agresifkan’…..Kasihan anakkku….rabun dekat rupanya.

Apa yang paling mama seronok ialah melihat riak wajah Dr Sunder yang bercahaya dan teruja dengan respon Haziq terhadap cahaya dan objek berbanding pertemuan kami tahun lepas. Penerangannya juga sangat jelas dan memuaskan hati mama. Lepas ni mama akan mulakan rejim paksa untuk mata Haziq. Mama tahu kanta dan saraf mata Haziq dalam keadaan sihat, mungkin kondisi penyakit Haziq yang menyebabkan gangguan pada mata yang sehingga kini masih belum mendapat penjelasan puncanya sebagaimana diterangkan Dr Sunder tadi. Tak apalah dik, sekurang-kurangnya kurang dosa matamu duhai anak…..Walau apa pun, mama takkan berhenti melakukan apa yang perlu mama lakukan. Sila berikan kerjasama ye sayang………

Biarpun rabun dekat, dikaulah buah hati pengarang jantung, intan payung mama……

Tiba-tiba je tadi mama ternampak bintang berpusing-pusing depan mata. Oh tidak!!!!! Mama tahu pasti tekanan darah mama turun. Berhenti cari tempat duduk seketika. Bibir pun dah rasa sejuk semacam. Lepas rehat beberapa minit, ok semula. Agaknya gara-gara tidak sempat bersarapan dan berdiri terlalu lama….dapat buah sepotong dan kebab, terus segar!!!! Apa lagi………….memecut ke Pasir Gudang untuk cas tenaga sebab malam ini ada lagi perjalanan yang harus kita tempuhi. Ganbatte!!!!!!!!!!!!!!!!!

3 thoughts on “Rabun dekat rupanya anakku…………..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s