Haziq angkat punggung???

Pagi tadi sebagaimana biasa mama hantar Haziq ke rumah pengasuh. Semenjak dua menjak menjalankan terapi alternatif (sebulan setengah dah…), rutin tidur Haziq nampaknya sedikit berubah. Kalau dulu, pagi kami bangun, pagi jugaklah dia celik mata. Sekarang, pagi kami  bangun, tetap lambat dia bukak mata. Sekarang kalau tak jejak pukul 9 pagi, tak mahunya bangun. Dah pandai……hantar ke rumah pengasuh pun biasanya dekat jam sepuluh. Pernah sekali tu, hampir pukul 11 baru hantar gara-gara tak sanggup nak kejutkan Haziq yang nampak lena sangat tidurnya. Lepas hantar Haziq, mama ke poli menyelesaikan beberapa urusan yang perlu diselesaikan hari ini.  Belum sampai setengah jam, mama dapat panggilan daripada pengasuh Haziq. Dalam hati dah bertanya-tanya apalah halnya pula.

“Su, Haziq dah pandai meniarap eh?,” tanya Ibu Nora, pengasuh Haziq. “Memanglah kak, dah lama dia pandai meniarap,” saya jawab seakan pelik kerana selama ini memang Haziq memang dah tahu meniarap, cuma tak pandai pusing balik aje. “Eh bukan…memanglah meniarap, tapi lain sikit. Dia angkat kepala lama, angkat-angkat punggung, macam nak merangkak,” jelas Ibu Nora lagi. Kali ni mama yang teruja. “Ye ke kak?, Alhamdulillah!!! Biarkan saja dia meniarap, mudah-mudahan dia belajar merangkak,” mama gembira mendengarnya. Sebelum ni Haziq pernah juga angkat punggung dalam posisi telentang, meniarap belum lagi. Kalau benarlah Haziq dah mula angkat punggung sewaktu meniarap, alhamdulillah!!! Satu perkembangan yang sangat baik!!!

Mudah-mudahan terapi ini serasi dan sesuai dengan Haziq.  Tak apalah penat sikit berulang alik asalkan nampak perubahannya. Alhamdulillah!!!!!

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s