Thumb spika

Minggu lepas Aiman Haziq ada temujanji di klinik jurupulih cara kerja di HSI. Sepatutnya hari itu Aiman Haziq ada sesi terapi tetapi memandangkan ada request daripada pakar Rehab, Dr Sharon supaya AFO kaki Haziq dibuat pengubahsuaian, maka hari itu sesi hanyalah untuk mengubahsuai AFO. Dalam pada terapist membuat kerja mereka, sempatlah kami berbual-bual. Tiba-tiba mama teringatkan satu gambar anak seorang teman, Iman namanya yang sedang memakai splint di jari yang digunakan untuk mengeluarkan ibu jari yang asyik ke dalam. Haziq juga menghadapi masalah yang sama. Jari jemarinya asyik menggenggam. Walau bagaimanapun, kelihatannya akhir-akhir ini keempat-empat jari kiri dan kanannya sudah mula dibuka perlahan-lahan. Mungkin kesan daripada terapi yang dijalani di Batu Pahat. Cuma ibu jarinya sahaja yang masih malu-malu mahu keluar. Asyik mahu menyorok saja.

Mama pun bertanyakan sekiranya boleh Haziq memakai splint hanya di ibu jarinya sahaja memandangkan selama di HSI, mama belum melihat ada anak-anak CP yang memakainya. “Oh, thumb spika,” kata Norasyikin, terapist di HSI yang selalu juga mengendalikan sesi Haziq selain Syaz. Sambil-sambil membelek tangan Haziq yang comel macam tangan baby, Syikin menyatakan mungkin mereka boleh membuatkan thumb spika tersebut untuk Haziq, cuma figuranya sedikt kecil memandangkan saiz tangan Haziq yang kecil. Lega hati mama mendengarnya. Sekurang-kurangnya, jari-jari yang lain sudah boleh bergerak bebas tanpa terkongkong dan diikat sekiranya menggunakan splint jari yang lama. Kalaupun pakai yang lama, ibu jarinya pasti akan terkeluar, budak bijak……..

Dalam sejam, urusan Haziq di HSI selesai. Maka Haziq dapatlah memakai AFO yang lebih selesa dengan darjah kelurusan tapak kakinya dan dapat thumb spika baru!!!

Thumb spika untuk tangan kanan

Kiri dan kanan…..

Nampaknya Haziq pun tak marah sangat bila dipakaikan thumb spika ni. Dah penat nanti, bukak sekejap. Tak sabar nak tengok jari jemari yang lain tu terus dibuka supaya satu hari nanti dapat buat Hi 5 dengan mama!!!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s