Terapi di Batu Pahat

Sejak 15 September lalu, mama bawa Haziq ke Batu Pahat untuk satu siri rawatan alternatif. Sepatutnya pada tarikh tersebut mama bawa Haziq ke Kajang untuk mengikuti satu siri rawatan alternatif akupunture dari seorang doktor dari Erkang, Beijing tetapi di atas sebab yang tidak dapat dielakkan, Haziq mama lencongkan ke Batu Pahat untuk mendapatkan rawatan di Ismail Accuteraphy centre seperti mana pernah mama ceritakan sebelum ini. Setelah hampir dua bulan berlalu dan kami berulang alik 3 kali seminggu. Perjalanan pergi balik yang mengambil masa 3 jam, kadang-kadang tersasar sehingga 4-4 jam setengah dek kerana mengantuk, akhirnya menjadi perjalanan yang semakin serasi.

Rawatan yang diberikan bertumpu kepada terapi medan elektrik, terapi cahaya dan rawatan acupressure. Setiap perkembangan Haziq akan dipantau oleh Dr Ismail, pemilik pusat rawatan tersebut. Rawatan medan terapi elektrik dilakukan secara berperingkat. Pada peringkat awal, rawatan hanya dihadkan setakat satu jam untuk sesi pengenalan. Kemudian selepas 3 minggu, rawatan ditingkatkan kepada dua jam. Memasuki bulan November, rawatan terapi medan elektrik ditingkatkan kepada 3 jam dengan point mata sebagai point baru untuk rawatan. Haziq pun nampaknya sudah semakin cerdik. Ototnya kelihatan semakin kuat. Matanya semakin fokus dengan objek yang berada di hadapan walaupun mama masih tak pasti sama ada Haziq melihat dengan jelas atau pun sebaliknya.

Terapi warna dan medan elektrik

pelekat ‘astro’ untuk point mata. Guna yang kecik asyik tanggal aje, ha sekali dapat yang besar punya………

“Untuk anak-anak macam ni, banyak pengorbanan yang kau kena buat. Kau hanya perlu korbankan masa untuk ke mari, penat memanglah penat,” kata-kata Dr Ismail yang memang mama akui 100 peratus. Siapa kata kami tak letih? Letih….Yelah, kasihan juga pada anak-anak tipikal dua orang tu. Balik saja dari sekolah jam 6.45 petang, siap-siap mandi, makan dan lepas maghrib terus bertolak ke Batu Pahat. Tak sempat sampai, dua-dua dah tidur dalam kereta. Keluar dari pusat rawatan pun biasanya kami orang terakhir, jam 12.00 malam, anak-anak masih tidur. Sampai di rumah hampir jam 2 pagi, sambung tidur.Esok pagi dah nak ke sekolah semula. Itulah rutinnya sepanjang 3 kali seminggu. Kenapa pergi malam? Pusat rawatan tu hanya dibuka jam 6 petang hingga 12 tengah malam kerana Dr Ismail bekerja di sebelah siangnya. Adakalanya dibuka sedikit awal, jam 3-4 petang tetapi kami pun tak boleh awal sebab anak-anak bersekolah. Jadi, rutin kami bermula malam sewaktu orang lain berkumpul bersama keluarga dan tidur nyenyak….Ini hanya sedikit pengorbanan mama buat Haziq…..

Apa yang menarik mama lihat sepanjang sebulan setengah rawatan:

1. Sawan Haziq berkurangan. Kalau sebelum rawatan,  diserang sawan 2-3 kali seminggu, dalam tempoh rawatan ini, hanya diserang sawan sebanyak 5 kali (sebulan setengah)….

2. Mata semakin fokus

3. Leher sudah agak kuat

4. Pernah mengeluarkan perkataan pertama..”mma….mmaa” yang sangat membahagiakan hingga mama menitiskan air mata gembira. Walaupun hanya sekali, ia cukup memekarkan bunga di taman hati.

5. Makin cerdik, letak je atas katil di pusat rawatan dah menangis sebab tau nak kena karan (hehe)

6. Sudah angkat punggung sikit-sikit

7. Stiff di kaki sudah sedikit berkurangan dan mudah dilentur

Bagi mama, mama mahu konsisten dengan satu-satu jenis rawatan. Sebagaimana mama konsisten dengan pemberian transfer factor untuk Haziq sejak dua tahun lalu yang terbukti meningkatkan sistem imun Haziq, mama mahu terapi ini serasi dulu dengan Haziq, barulah mama mencuba kaedah lain. Mungkin usaha mama tidak seberapa tetapi banyak perkara yang menjadi pertimbangan mama. Kos masa, kewangan, jarak…semuanya dipertimbangkan. Selepas ini fokus mama ialah untuk membantu Haziq berdiri dan memanfaatkan sepenuhnya penggunaan standing frame sebab Dr Ismail kata otot kaki Haziq sudah menunjukkan perubahan positif, dah boleh diajar berdiri.

Kalau mahu dibandingkan dengan anak-anak CP yang lain, kondisi Haziq berbeza. Haziq dilahirkan dengan kecacatan kromosom, masalah genetik. Pasukan perubatan selalu kata, kalau masalah genetik, tiada apa yang boleh dilakukan kerana anak itu tidak akan sembuh. Namun, mama tidak mahu bersedih dengan kenyataan itu. Biarpun Haziq sudah mencecah 4 tahun tetapi hanya baru pandai meniarap, mama tetap akan usahakan sesuatu daripada membiarkan Haziq begitu sahaja. Mama mahu melihat pernyataan doktor boleh disangkal kerana mama percaya kepada kekuasaanNya. Mudah-mudahan terapi ini akan memberi sinar baru untuk Aiman Haziq…

4 thoughts on “Terapi di Batu Pahat

  1. As salam, saya nak tanya mcmana perubahan anak puan selepas berubat di Ismail Accuteraphy. Adakah puan masih meneruskan terapi di sana? Anak saya berumur 6 tahun mengalami strok dan tidak dpt melihat selepas menjalani pembedahan utk membuang brain tumor pada 10 Julai 2013. Saya ingin mendapatkan rawatan di sana dan perlukan maklumat dari puan.

    • Waalaikumsalam….
      Dah lama anak kena strok? maaf saya bertanya ye. Saya sebenarnya dah agak lama tak ke sana memandangkan terikat dengan rutin study yang tak menentu masa. Lagi pula, mata tak berapa nak awas kalau drive malam-malam sebab rawatan di sana akan bermula seawal jam 4-5 ptg setiap hari bekerja dan hingga ke malam. Suami pula bekerja. Perkembangan anak saya, sawannya memang semakin berkurangan dan sejak hampir 3 bulan lepas, alhamdulillah tiada serangan sawan sejak saya mulakan rawatan stimulaterapi. Walaubagaimanapun, saya amat mencadangkan encik bawa anak ke sana kerana ramai pesakit strok yang saya lihat tunjukkan perkembangan yang sangat baik. Nak kongsi cerita…saya melihat sendiri seorang remaja yang terbaring akibat dicucuk salah ubat waktu demam, koma 2 bulan di hospital, bila sedar di bawa ke sana. Berangkat, guna tilam air tapi budak tu kuat semangatnya. Badannya memang kejung, keras tapi dalam masa lebih kurang dua bulan (datang setiap hari), budak tu boeh berjalan guna tongkat!. Cubalah….mudah-mudahan ada rezeki anak encik dengan rawatan di Ismail Accuteraphy. Saya pun kalau ada kesempatan mahu lagi ke sana…cuma kena tahan telingalah, Dr Ismail tu suka bergurau……Semoga anak encik diberikan kesembuhan, kuat semangatnya, begitu juga ibu, ayah dan ahli keluarga yang lain…

      • Assalamualaikum Sis Suraya..
        Ampunkan saya, maafkan saya kerana tak perasan mesej sis..
        saya dah lama tak buka blog tu yang tak perasan. Pagi ni buka sekali tengok..huhhuhu
        rawatan di batu pahat tu tidak diletakkan kosnya.seikhlas hati sis…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s