Antara kasihan dan kegembiraan….

Sebenarnya dah dua tiga hari mama nak ceritakan perkembangan Haziq tapi dek kerana mama pun mengalami sindrom batuk, selsema, demam dan sakit tekak, nak menulis pun rasa tak larat. Ini pun mama gagahkan jugak sebab semakin lama nanti semakin tak ingat nak coret perkembangan Haziq.

Sejak Sabtu lepas Haziq tak mahu makan, suakan makanan, menangis. Suakan susu botol pun menangis. Ketuk perut tak kembung, rupa-rupanya….ada ulser di bawah lidah. Rasanya inilah pertama kali Haziq kena ulser sebegitu besar sampai 3 biji di tempat yang sama! Kalau kita yang dewasa ni ada sebiji ulser pun rasa punyalah sakit, kena pedas pedih, nak lalu makanan pun perit, inikan pulak Haziq yang memang tak tahu nak mengadu macam mana. Hanya tangisan dengan air mata yang dapat menunjukkan betapa sakitnya diserang ulser secara mendadak.

Mama pun tak dapat nak layan Haziq dengan baik sebab mama sendiri kejap-kejap terbaring. Kepala mama berdenyut-denyut, hidung dah sok sek sok sek…tekak perit sangat, rupa-rupanya, mama pun ada ulser sebiji di tepi pangkal lidah. Dah….sama-sama sakit. Mujurlah ayah banyak tolong take over time bagi susu Haziq. Ayah memang kurang sabar sikit kalau bagi susu guna shrink sebab lambat katanya tapi mahu atau tidak, mama memang dah tak larat….Redha jelah ayah ye….

Kesian Haziq, jadi Sabtu dan Ahad hanya minum susu menggunakan shrink. Kadang-kadang cuba juga menggunakan cawan. Rupanya lagi cepat Haziq minum disuakan dengan cawan. Gluk…gluk dengar susu ditelan. Mama selang selikan dengan soya. Haziq memang suka soya. Bila disapukan ubat, menjeritnya macam kena pukul. Tapi alhamdulillah, sekali dua sapu ubat, Hari Isnin dah boleh makan nasi!!! Kuat betul budak ni………

Tapi, cerita sebenarnya yang mama nak kongsikan ialah berkenaan betapa gembiranya mama apabila mama sudah mula mendengar nama mama disebut oleh putera syurga mama ni. Malam Ahad tu mama memang masih sakit kepala. Ubat batuk dah makan, ubat sakit tekak pun dah makan, Cuma tak telan panadol je lagi. Mama tidur awal, lepas isyak dalam pukul 9 mama dah tumbang. Mama ingat, lebih kurang jam 2.45 pagi, Haziq seperti biasa akan tendang mama suruh bangun sebab dia dah lapar susu. Biasa dulu dia menangis kalau haus. Disebabkan dia dah pandai pusing-pusing dan kakinya dah kuat sikit, agaknya nak apply kekuatan kaki dia pada mama supaya mama senang nak bangun agaknya. Kadang-kadang mama biarkan aje, Haziq nangis,mama akan cakap….”Takyah nangis, bangun esok pagi je, awak dah besar, nanti pagi mama buatkan susu”….Ni gara-gara tak lalu nak bukak mata punya pasal.

Kali ni, Haziq tendang kali pertama dengan suara “..mmmaa”…Terbuka biji mata mama. “Ha? Haziq sebut ma? Macam tak percaya pun ada. Diamkan aje. Rupa-rupanya Haziq tak puas hati mama dia tak bangun. Sekali lagi Haziq tendang mama dan “…mmmmaaa”. Ha? Sekali lagi? Automatik mama terbangun dan kata..”Baik, mama buat susu sekarang!!!”. Terus mama menuju ke dapur buat susu dan suakan Haziq guna cawan. Terus hilang rasa sakit kepala, sakit tekak, terbang sekejap bagaikan ada beban yang tertanggal daripada badan. Tak terkata gembiranya mama. Haziq pun senang aje minum susu dan sengih-sengih, tepat pukul 3 pagi, tidur semula.

Ya Allah!!!Sesungguhnya inilah kebahagiaan yang tak mampu kupersembahkan dengan kata-kata. Senyumannya, suaranya, renungannya, responnya sudah cukup untuk membahagiakan aku sebagai penjaga amanahMu Ya Allah. Kau berikanlah kekuatan kepada anakku untuk terus berkembang. Kau angkatkanlah kesakitan dan penyakit yang ada di tubuhnya. Kau berikanlah peluang untuknya  menikmati kehidupan yang Kau pinjamkan kepadanya selagi Kau memberinya peluang untuk dikasihi, disayangi dan dilindungi. Kau kuatkanlah semangatku suami dan isteri serta anak-anakku untuk sama-sama melindungi dan melaksanakan amanahMu demi mengasuh, mendidik dan menyayangi putera syurga ini Ya Allah. Kau berikanlah kami kesihatan dan rezeki yang barokah agar kami dapat melakukan yang terbaik. Inilah sinar hidup kami sekeluarga…….

Mama sentiasa berharap agar suatu ketika nanti Aiman Haziq akan mampu berdiri dan berlari sama seperti Amirul Rahimi dan Amira Sofiyah, putera puteri tipikal mama yang mama kasihi…….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s