Pertemuan Super Angels di Intekma Resort & Convention Centre Shah Alam

Assalamualaikum….

Sewaktu entri ini saya coretkan, kami sekeluarga baru sahaja pulang dari Shah Alam, menghadiri perjumpaan tahunan Super Mum & super Dad’s Angel (SMSDA) di Intekma Resort. Pertemuan ini sebenarnya pertemuan kedua selepas pertemuan sulung pada tahun lepas namun pada ketika itu ada halangan yang menyebabkan kami sekeluarga tidak dapat hadir bersama-sama. Kali ini kami sedaya upaya cuba mengosongkan tarikh berkenaan agar kami dapat bertemu sesama kami. Dari Johor kami dua keluarga, kedua-dua angel pun namanya Haziq….

DSC01025

Kami ketika baru sampai, disambut dengan van milo……dan t-shirt gathering…

Ini pengalaman baru bagi kami sekeluarga dan Haziq. Mujurlah Haziq tak banyak sangat ragamnya, kena tempat yang berhawa dingin, memanglah kurang kegusaran kami. Aktiviti agak padat. Sejujurnya kami terasa letih, sampai-sampai sahaja terus perlu mengikuti slot yang telah disusun. Haziq memanglah tak tahu apa…yang tahunya, I follow!!!!! Tetapi….ada sesuatu yang menarik untuk saya kongsikan mengenai Haziq pada hari pertama kami sampai. Nasi Haziq dalam kereta, ayah dah penat,saya terfikir untuk suakan kuih seri muka yang memang Haziq suka. Habis dua ketul! Dahlah tu, tak cukup lagi……saya pun ambil roti telur untuk minum petang. Dalam hati berdoa bagai berharap agar Haziq nak mencuba sesuatu yang baru untuk menghilangkan lapar. Alhamdulillah!!!!!!!!Hampir sekeping roti telur dimakannya!!! Lepas tu terus senyap kekenyangan…..Selama ini makanannya hanya nasi dicampur kurma. Bagi jugalah kuih-kuih manis….kali ni memang tak jangka Haziq mahu makan roti. Mama dia dah senyum dah…..mau tidak…lepas ni kubuatkan telur hancur, kusumbatkan aje..hehehe

Sangat seronok bila mendapat penerangan dari pusat rawatan Stimulateraphy dan ALEPH…sayangnya, hanya sekadar promosi dan sedikit demo sempat diberikan atas batasan masa. Dapat juga ilmu baru dan perkongsian baru untuk kebaikan Aiman Haziq. Apa dia?

DSC01259

Lihat ibu jari saya ye….

Ilmu baru yang saya perolehi dan sangat menakjubkan, ianya memang berhasil!! Bagi anak-anak syurga yang diserang sawan, ketika serangan berlaku, picit di bahagian mana ibu jari saya kelihatan, di kedua-dua belah tangan secara serentak, sebenarnya di celah-celah antara ibu jari dan jari telunjuk. Haziq tutup jari dia tu yang nampak seperti bukan di posisi yang sepatutnya. Kebetulan, dua kali Haziq mahu diserang sawan sepanjang berada di sana dan saya cuba aplikasikan teknik yang diajar, alhamdulillah, sawan itu berhenti. Masya Allah! Banyak lagi ilmu yang mesti dipelajari dan hanya akan lebih faham sekiranya menghadiri bengkel stimulateraphy yang dianjurkan. Cuma bengkel itu diadakan di Pelabuhan Kelang…….In shaa Allah, seandainya ada rezeki, saya memang teringin untuk belajar kerana pusat rawatan hanya di bahagian kepala., perlu mengetahui titik-titik di mana blockage berlaku, kemudian akan berusaha untuk membuka ‘blockage’ tersebut bagi membantu anak-anak kita.

DSC01032

Bersama Noina yang pertama kali bersua muka, bersama si Bella budak bermata cantik…..

DSC01035

mata yang membuatkan saya jatuh kasih setiap kali memandangnya

DSC01040

Mazni’s little fighter….Sofea Az-Zahra…

Acara di sebelah malam ialah bacaan yassin dan tahlil yang dipimpin oleh Imam Muda Nasir. Alhamdulillah, walaupun kami ni jarang tengok Astro Awani, ada juga anak muda yang sudi bersama-sama dalam mendoakan kesejahteraan anak-anak kami dan semua ibu bapa yang terlibat dalam memelihara, mendidik dan menyayangi anak-anak syurga..Dalam pada itu, anak-anak tipikal yang dua orang sibuk dengan kerenah mereka…merengek mahu ke I-City. Dah alang-alang sampai, bila lagi nak pergi kan? Lainlah kalau kami ni orang KL, mungkin selalu ke sana. Nak harap datang lain kali entah bila…Jadi kami ambil keputusan untuk bawa mereka sebentar ke I-City. Memang sempat sampai ke I-City tapi tak turun pun, lalu je sebab kesesakan yang amat…anak-anak pula ‘syahid’……kami patah balik. Sempatlah bersama-sama dalam sesi luahan rasa. Agaknya saya ni dah ‘immune’ kata orang…nak bersedih tak ada langsung pada ketika itu. Bukan tak dapat merasai, bohonglah kalau kata rasa itu tiada tapi ini bukan masanya lagi untuk menumpahkan air mata. Kami datang untuk silaturrahim, kami datang untuk mencari ilmu, jadi itulah matlamatnya.

Sesi hari kedua dimulakan dengan perkongsian pengalaman Encik Hassan Suyut dalam memberikan yang terbaik untuk anak syurga beliau, Atiq Wazif dan perkongsian En Affandi berkenaan Annur. Mungkin ada yang mengetahui kisah Atiq melalui buku yang ditulis oleh ayahnya dan perjalanan terapi Annur menerusi program Hope to Walk.

DSC01083

En.Affandi dan di sebelah kiri beliau, En Hassan Suyut

Acara paling menghiburkan ialah persembahan silap mata yang bukan sahaja menggembirakan anak-anak tipikal, malah kami ibu bapa juga ….

DSC01065

kami di bahagian belakang..

DSC01111

Persembahan magician, keluarkan tisu dari mulut….terujalah kan?….

DSC01275

Bila Aiman Haziq dan Danial Hazeeq duduk sebelah-sebelah…..

DSC01119

sambil-sambil tu Haziq diberikan special treatment oleh ayah….

Sesi terakhir ialah sesi bersama En Maniam dan Dohsa Hou..sayangnya tidak dapat fokus untuk sesi ini memandangkan Haziq sudah menyanyi kelaparan dan menjerit satu dewan boleh dengar. Mujurlah super dad dan super mum lain buat tak dengar……concentrate bagi Haziq makan, ayah pula melayan anak tipikal yang dua orang lagi tu….cuma perancangannya, Dohsa Hou ini akan dibawa ke selatan, in shaa Allah…..Lepas tu, sesi bergambar tapi sayang, Haziq tak masuk frame sebab semua orang dah sibuk nak memasukkan diri masing-masing dalam frame, ruang tak cukup, saya je yang terselit sebab kebetulan naik ke dewan bertemu rakan-rakan di dalam. Nak keluar  tak boleh , konon nak ambil Haziq. Gerak ke kiri tak boleh, ke kanan apatah lagi. Tu yang tak ada senyum di bibir…….tak apalah, dapat yang ini pun cukuplah…..

DSC01285

Apa yang penting, hajat nak bertemu Bella, Sofea dah terlaksana….balik dengan senyuman juga. Dapat cabutan bertuah, tupperware lagi!!!!DSC01299

Haziq dan tupperware….

Semoga pertemuan akan datang lebih baik daripada pertemuan ini dan lebih ramai yang menyertainya…….Johor, kami kembali…..

One thought on “Pertemuan Super Angels di Intekma Resort & Convention Centre Shah Alam

  1. Bertuah Haziq, dapat family yang tak kenal erti penat dan lelah untuk dia. Tahniah.
    Saya frens dengan Affandi (ayah Annur dan Annisa) sejak kempen Hope to Walk dulu. Jatuh ayaq mata tengok kak sham dan Affandi yang ada anak2 CP, lagi sedih masa Annisa meninggal dekat2 nak pi China dulu….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s