Supplement untuk Haziq

Assalamualaikum……

Hari ini hari cuti bagi  Darul Takzim. Hanya kami berempat di rumah; mama, ayah, Haziq dan Super Kakak. Super abang tidur di rumah pengasuh, dah macam rumah kedua saja dibuatnya. Al-maklumlah, anak pengasuh yang sulung ada di rumah dan cuti sekolah, ada temanlah bermain bola, main game dan berlawan-lawan. Anak dara memang kalau diberi pilihan, asyik nak berkepit bawah ketiak mama dan ayah je kerjanya. Hari ni mama buat sesuatu yang agak berbeza. Sebelum mama suakan Haziq makanan seperti biasa, mama cuba suakan buah kiwi. Ayah bising juga sebab memang dah tahu Haziq hanya sukakan makanan yang ada perisa manis sahaja. Madu, kuih-kuih lembut yang manis, pisang…yang itu dia sukalah. Tapi mama nekad hendak cuba sesuatu yang baru. Mama suakan aje kiwi yang dah mama hancurkan. Mula-mula tu biasalah, menjerit macam kena pukul tapi bila disulami dengan kata-kata semangat, akhirnya habis juga sebiji kiwi selamat ke dalam perut Haziq. Boleh pun makan buah kiwi yang masam tu…..Esok mama akan cuba lagi. Matlamat: sehari sebiji kiwi. Mampu ker???hihihihi……

Makan tengahari Haziq pun mama buat sedikit inovasi tetapi gagal. Mama cuba beras perang, dah tau memang dia tak mahu, nak cuba juga. Campur dengan sedikit bawang, lobak yang dihiris halus dan kurma sebagai penyedap rasa. Hasil: MISI GAGAL!!! Terpaksa masak nasi biasa di sebelah petang tapi masih dicampur lobak dan kurma. Habis sepinggan!!! Anak bertuah!!!!

Selepas Zohor, mama keluar sebentar meninggalkan tiga beranak di rumah. Lokasi, farmasi untuk mencari supplement atau makanan tambahan untuk Haziq. Selama ni Haziq hanya makan TF untuk supplementnya tapi lepas buat rawatan alternatif accupressure, perawat di sana menasihatkan agar Haziq diberikan makanan tambahan yang boleh merangsangkan otaknya . Berusaha cari Efalax, berpusing-pusing..bila disebut efalex, yang ditunjuknya susu Enfalac. Nak tergelak pun ada. Rupa-rupanya kebanyakan farmasi di sekitar Pasir Gudang ni memang tak ada stok Efalex kerana kurangnya permintaan dan harganya yang agak mahal. Sedikit kajiva (kecewa) namun telah dicadangkan sejenis supplement yang baik untuk perkembangan otak kanak-kanak kerana mengandungi DHA, EPA dan Omega-3. Sambil-sambil tu nak cuba juga Scott Emulsion. Risau juga kalau Haziq tak mahu makan tapi perasa rasberry tu mungkin akan mendatangkan peluang yang besar untuk Haziq makan keranan rasanya yang manis. Tepat telahan mama, Haziq suka dengan supplement tersebut. Terpaksa mama gunting di bahagian hujung kapsul kerana Haziq masih ada masalah untuk menghisap. Dah gunting, mama picitkan perlahan-lahan ke atas lidah. Yang penting, jangan sesekali kata itu ubat, harus diketapnya mulut. Kena kata itu gula…manis…barulah ala-ala berani-berani takut Haziq akan buka mulut. Budak bijak!!!!

DSC01220

Sebotol supplement ini harganya RM45.00. Kalau beli dua botol, diberikan diskaun sehingga harganya menjunam RM79.50. Memandangkan suami ahli farmasi D’Apotic, maka mama dapat lagi 25% diskaun. Jadi harga untuk pek berkembar dua botol ialah sekitar RM60.00. Tahan digunakan untuk pengambilan selama dua bulan. Sebotol mengandungi 30 kapsul dan hanya perlu gunakan satu kapsul sehari. Banyaklah jimat di situ. Mudah-mudahan dengan amalan pemakanan baru ini akan mengubah dimensi baru dalam perkembangan kognitif Haziq pada masa hadapan, in shaa Allah!!!! Semoga Haziq terus berkembang menjadi anak yang sihat, cergas dan mampu mengurus diri suatu masa kelak….

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s